FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

10 Pelajaran Ayah Jadi Imam Solat

10 Pelajaran Ayah Jadi Imam Solat

SOLAT SURAU AEON MALL

Semasa solat di surau AEON MALL Shah Alam tadi, ternampak seorang lelaki menjadi imam solat Zohor.

Barangkali yang menjadi makmum itu semua untuk anak-anak lelakinya.

Sejuk mata memandang.

Apa yang boleh dipelajari di sini:

1) Walaupun anak belum wajib solat, ajar dan ajak dia solat. Lama-lama dia akan biasa
2) Pentingnya ayah sebagai ‘role model’ untuk anak-anak
3) Shopping-shopping juga, solat jangan lupa
4) Kalau ada anak lelaki, jangan tinggalkan dia dengan isteri. Ajak dia masuk surau lelaki. Maklumlah, surau wanita selalunya sesak.
5) Janganlah bila kita solat, kita tinggalkan anak di tepi. Ajak dia solat sekali.
6) Jangan asyik marah anak bila kena ingatkan dia “Dah solat ke belum?”
7) Lebih baik suruh anak solat bersama-sama kita. Jadi, kita tak akan stress bertanya soalan yang sama
8 ) Kalau nak anak jadi baik, kita kena tunjuk baik. Kalau nak anak solat, kita kena tunjuk kita solat depan dia. Kepimpinan melalui teladan.
9) Lumrah anak kecil akan main-main bila solat. Namun dalam situasi ini, semua anak-anak ini berdiri tegak dan tidak main-main.
10) Hebat didikan ibu dan ayah anak-anak ini

Cuma saya tak pasti, kenapa seorang lagi itu berbaju t-shirt hitam.

Mungkin dia tak jumpa baju belang-belang dalam almari, untuk keluar jalan-jalan sedondon.

Admin
18 Jan 2020
3.47pm

kredit the rohani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat