10 Tips Hafal Surah Pendek

10 Tips Hafal Surah Pendek

Tips hafal surah pendek (terutama bagi anak kecil):

1. Perdengarkan bacaan kepada anak berulang kali melalui audio atau video (YouTube, atau dari mana-mana audio).

2. Bila anak sudah fimiliar dengan surah tersebut, kita pula bacakan kepada anak. Suara Ibu atau bapa lebih fimiliar dan sebutan lebih jelas.

3. Baca satu persatu ayat. Sebut satu kalimah, anak ikut satu kalimah. Sekurang-kurangnya 3 kali. Ulang sehingga sebutan anak betul dan lancar. Jika tersangkut, bantu dan ulang lagi.

4. Ulang sehingga keseluruhan ayat. Baca keseluruhan ayat sekurang-kurangnya 3 kali.

5. Dengar kembali audio/video surah tersebut, sambil anak ikut bacaan tersebut.

6. Tutup audio, kita bacakan sekali lagi keseluruhan surah depan anak.

7. Minta anak mulakan bacaan tanpa bantuan.

8. Jika sangkut, sebut permulaan kalimah sahaja, kemudian disambung oleh anak.

9. Puji dan beri semangat jika anak baca dengan baik.

10. Jika anak masih belum mampu hafal, teruskan latihan mengulang dan mendengar, beri semangat supaya anak tidak putus asa.

Ini yang saya praktiskan dengan anak-anak. Alhamdulillah dipermudahkan. Hanya dalam masa sehari sahaja anak dah hafal. Alhamdulillah.

Semoga bermanfaat dan kita juga dapat hafal bersama-sama anak. InshaAllah

kredit : Dalilah Shiham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat