FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

16 Jangan Ustaz Don Daniyal

16 Jangan Ustaz Don Daniyal

16 JANGAN dari Ustaz Don Daniyal ♥ :

♥ – JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

♥ – JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

♥ -JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

♥ – JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

♥ – JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

♥ – JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

♥ – JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

♥ – JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

♥ – JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

♥ – JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

♥ – JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

♥ – JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

♥ – JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

♥ – JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

♥ – JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

♥ – JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat