23 Tahun Kematian Wong Ka Kui

Pada tarikh ini, 30/6/1993, satu berita mengejutkan dunia muzik Hong KOng, bila seorang penyanyi utama kumpulan Beyond, mati setelah seminggu koma, akibat jatuh dari platform stage yang tinggi. dalam rancangan uchan dan nachan fuji television di jepun. Berita ini menyedihkan para awek awek di sana, sehingga polis terpaksa memberi kawalan ketat pada mayat wongkakui setiba di hongkong. Ramai orang memberi penghormatan kepada wong ka kui ketika itu. Wong Ka Kui meninggal pada umur 31 tahun
beyond rock hong kong
Nak diceritakan, cerita gua mendengar lagu band kantonis ini pada tahun 2005, semasa saya dan rakan rakan dari UTM menyertai pertandingan Asian Beat, peringkat johor. Ada satu band cina yang membawa lagu rock yang best, dan akumasa tu aku baru tahu lagu yang band cina tuh bawak ialah lagu kumpulan beyond.
Jadi pengembaraan bermula dengan mencari lagu lagu beyond dari rakan rakan kuliah bangsa cina, diorang share mp3 best kat saya, dan paling best masa tuh dapatlah layan lagu lagu beyond, tapi masa tuh saya tak tahu beyond ada dua era berbeza, iaitu era Wong kakui dan era selepas kematian beliau.Bajet bila dah dengarlagu beyond bolehlah rapat dengan amoi amoi, hahaha.
Masa terus berlalu, dan youtube mula menjadi popular, kekadang nak dengar balik lagu beyond, dan akhirnya saya discover banyak video beyond, dan membaca sejarah kumpulan ini, di wikipedia, tanya member, dan paling gila ialah pasang album ini dalam kereta. Memang layan.
Mereka ini ialah kumpulan rock yang berpengaruh di Hong Kong, sedangkan masa tuh, hong kong dirasuk muzik tekno. Beyond memang struggle pada awal permulaan kumpulan tersebut, biasalah macam scene under ground, bereksperimentasi dengan lagu rock, dan akhirnya makin diterima ramai.
Wong ka kui makin berani mengkritik dengan lagu yang dibuat khas sempena mendiang Nelson Mendela, dan juga lagu Amani semasa mereka melawat tanzania, lagu tuh memang best, sempatlah aku perform lagu Amani tuh masa kat UM dulu. Lagu tuh ada sedikit bahasa Swazili, campur dengan kantonis.
Selain wong kakui, kesemua ahli band mereka, Paul Wong, Wong Ka Keung dan Yap Si Wing, semuanya boleh menyanyi dengan baik, band yang aku dengar semua boleh menyanyi selepas beatles, dan KISS. Mereka ni popular di China, Macau, dan jugak Malaysia.
Tapi industri di hongkong bukan selalunya baik, akhirnya mereka membawa diri ke Jepun, dan banyak lagu mereka yang bagus, akhirnya terpaksa dinyanyikan dalam bahasa jepun. Contohnya lagu ” Under the Vast Sky” yang memang hit, bila ditukar dalam basaha jepun, jadi lagu cintan cintun, walaupun lagu bukanlah lagu cinta kepada awek cun. Tapi apakan daya rezeki di jepun tak lama.
Pada game show uchan dan nachan, malang menimpa Wong Ka Kui, terjatuh dari platform tinggi, dan akhirnya meninggal setelah seminggu koma,kerana cedera teruk di kepala. Saat kematian Wong Ka Kui, orang hong kong seolah olah menuduh Jepun cuba membunuh Ka Kui, sehingga begitu sekali spekulasi yang berlaku.
Era selepas beyond, mereka meneruskan legas beyond, dan akhirnya semua sepakat untuk membubarkan beyond pada tahun 2005, tahun yang aku baru nak layan beyond, hahahaa.
Lagu beyond memang rock, ada yang cintan cintun, ada yang keras, tapi dalam banyak banyak lagu, aku rasa yang aku feel sekali lagu yang kat bawah nih, bertajuk “Really love you”. Lagu ni memang special, sebab lagu ni dibuat khas untuk mak mak mereka yang merestui kerjaya mereka sebagai pemuzik rock. Lagu ni dijadikan lagu tema hari ibu di Hong Kong dan China. Banyak band yang cover lagu nih, tapi yang aku ingat lagu ni di pasang masa sharing Master Law, masa NC Shaklee 2013 , masa habis dia buat sharing, mak dia keluar dan lagu ni dipasang khas untuk mak dia. Memang best lagu nih. Aku pun pernah buat ringtone khas guna lagu nih, kalau mak aku tepon, sampai adabudak cina yang terdengar, siap gosip sebelah aku. Hahahhaha, nasib baik aku tak faham.
Lagu beyond zaman Wong ka kui memang dah selamat dalam kereta aku, apapun layan jelah, karya karya agung kumpulan nih. Terima kasih Wong Ka Kui dan Beyond.

2 comments on “23 Tahun Kematian Wong Ka KuiAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge