FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

3 Jenis Tidur Dalam Islam

3 Jenis Tidur Dalam Islam

‎﷽

Saya nak share sikit bab TIDUR

Selain daripada tidur waktu malam, sekurang-kurangnya, ada 3 jenis tidur yang perlu kita ketahui, iaitu TIDUR HAILULLAH, TIDUR QAILULLAH & TIDUR ‘AILULLAH

Apa maksudnya tu ustaz?

Secara ringkasnya macam ni,

1 . Tidur HAILULLAH : Tidur yg menghalang rezeki.

2 .Tidur QOILULLAH : Tidur yg disunnahkan Rasulullah.

3.Tidur ‘AILULLAH : Tidur yg menyebabkan datangnya penyakit.

HAILULLAH ni adalah :
tidur setelah melaksanakan solat subuh, dinamakan demikian kerana tidur tersebut dapat menghalang dari rezeki yg ALLAH SUBHANAHU WA-TA’ALA tebar pada waktu pagi hari.

QAILULLAH ni pula adalah :
tidur sebelum melakukan solat zohor sekitar 25 – 30 minit sebelum masuk waktu zohor, tidur jenis ini sangat bemanfaat dan sangat dianjurkan oleh Rasulullah.

Dijelaskan bahawa ketika musim panas Rasulullah tidur sebelum zohor dan ketika musim dingin Nabi Muhammad tidur setelah zohor.

‘AILULLAH adalah :
tidur setelah melakukan solat asar, tidur jenis ini dapat menyebabkan berbagai penyakit, diantaranya adalah: sesak nafas, murung, gelisah & mudah pelupa.

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yg bernilai ibadah melalui tulisan ini & diambil manfaatnya untuk kehidupan kita sehari – hari

آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Semoga bermanfaat, insyaAllah, Aamiin.
Wallahu’alam.

With Love,
Amar Samsuri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat