FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

3 Kelebihan Guna Fan Page Facebook

3 Kelebihan Guna Fan Page Facebook

3 Kelebihan Guna Fan Page Facebook. Alhamdulillah hari ini saya dan rakan-rakan yang sekarang ni tengah feel kesejukan di atas Cameron Highland nih dah nak turun dah ke bawah. Hari ini pun nak melawat lagi beberapa tempat yang menarik di Cameron , sebelum nak pulang ke rumah masing-masing.

Banyak lagi misi dan visi dan cita-cita kerja keras yang perlu dilakukan. Tapi tak bermakna business tinggal, sebab kita sekarang ini semuanya online, sempat juga semalam melayan prospek yang bertanyakan tips permakanan bagi masalah darah tinggi.

3 Kelebihan Guna Fan Page Facebook

Pemasaran Facebook
Satu trend sekarang di mana kita suka follow kisah peribadi seorang idola, tak kisahlah dia ini pakar pemasaran internet, personaliti tv, artis, semuanya ada akaun peribadi Facebook. Boleh kata semua orang guna facebook, kerana ianya mudah, dan macam-macam cerita korang boleh jumpa, sambil ada je yang sekarang nih melayan video itu dan video ini, dah ada facebook live, dan macam-macam lagi kelebihan guna facebook, sampai ada yang cari jodoh, tak kurang juga yang cari gaduh, khidmat masyarakat, dan juga menyebarkan fitnah dan berita palsu.

Likers vs Followers
Ada suatu ketika , kebanyakkan pakar menyeru kita semua membuka satu akaun Fan Page Facebook , kalau kita betul-betul nak menjual. Dari situ ramai , malah hingga sekarang, Fan Page wajib ada, kalau nak pasarkan sesuatu benda, contoh , Page Diet Diet Sihat dah wujud 4 tahun. Tapi ada suatu ketika, bila Facebook mengenalkan feature followers pada akaun biasa, akaun peribadi, di situ ramai yang bertukar strategi, tak perlu buka fan page lagi, dan cukup menggunakan akaun peribadi. Memang boleh dikatakan, korang boleh je buka personal fb yang ramai followers, macam Puan Ainon, Fdaus Ahmad, Mutalib Othman, Bro framestone, dan ramai lagi yang terlibat. Ternyata menggunakan akaun personal sahaja, kita boleh kumpulkan ramai followers, dan mudah untuk menyampaikan sesuatu dan mendapat engagement yang padu lagi jitu.

Kenapa Kena Guna Fan Page Facebook ?
Apapun kelebihan akaun peribadi facebook, yang boleh membuat post di group -group facebook yang tumbuh bak cendawan, penggunaan Fan Page ada kelebihannya tersendiri. Nak diceritakan, ada suatu ketika, Fan Page menjadi kegilaan ramai, masa tuh ada servis naikkan likers, dan jugak semasa itu tak ramai lagi komplen tentang algorithm Facebook. Tapi ada suatu masalah, di mana Facebook mula menghukum Fan Page ni, sama ada kena delete, tak pun ada suatu ketika, likers dari yang ramai, terus jadi sikit, kerana Facebook melakukan pembersihan akaun, delete semua akaun yang tak aktif dan palsu. Facebook lebih ketat, lebih sukar, dan mungkin sebab ini ramai yang terus menerus menggunakan akaun peribadi, yang lebih mudah diuruskan. Kelebihan Fan Page ini patut digunakan kalau korang semua nak berniaga.kat sini ada bolehlah nak share beberapa kelebihan Fan Page berbanding akauan biasa.

FB Ads – paling senang nak buat iklan adalah dengan menggunakan Fan Page. Nak buat iklan Fb Ads, selepas itu nak buat iklan instagram pun boleh. Benda ni sukar dilakukan di akaun peribadi. Korang boleh linkkan dengan power editor, dan macam-macma lagi tools menarik, yang boleh digunakan untuk meningkatkan likers Fan Page korang. Personal akaun tak pastilak boleh buat macam nih.
Analitik – Fan Page sekarang lebih analitik. Ianya lebih kemas, dengan korang boleh tengok sendiri, siapa yang like page korang, lelaki ke perempuan, mereka ini duduk di mana, umur, dan asal mana. Data demografik ini sangat penting, sebabnya ada je beberapa page yang best macam KIO yang Lin Chalo buat tuh, dia berjaya kumpulkan ramai likers perempuan. Nak best lagi, setiap post yang korang buat, korang boleh search semula, check berapa engagement, dan tengok berapa shares. Selain itu kalau korang upkan link blog, korang boleh tengok berapa reach yang ada, dan berapa ramai yang klik pada link blog korang. Ini semua bergantung kepada berapa ramai likers korang. Jadi, bila buat sesuatu tajuk, korang boleh kaji, kalau buat tajuk gempak gila-gila, tentu ramai share, kalau tajuk bosan, mesti tak banyak engagement. Pentingnya analitik ini supaya kita pun tahu topik apa yang akan dapat banyak engagement dan mudah viral.

Ramai Admin dan Editor – Kelebihan paling superb bagi seseorang yang guna Fan Page. Kita kalau sebagai business owner, kita boleh lantik ramai editor di page kita. Bila lagi ramai editor, page korang boleh sentiasa update. Bila sentiasa update,kat sini engagement akan sentiasa tinggi, dan bila ramai editor yang selalu promote, memang likers akan naik secara organik. Strategi mudah ini digunakan oleh kami, bila team Diet Diet Sihat mendapat kelebihan ini untuk memantapkan blog, personal diorang dan seterusnya mendapatkan sales yang banyak. Ini memang satu kelebihan dan kepuasan team kami yang menggunakan page yang banyak likers. Salah satunya boleh naikkan trafik blog dan mendapat ramai prospek.

Bila sebut pasal Fan Page ye ramai yang risau kena keluar duit, tapi ada juga cara nak naikkan likers tanpa keluarkan duit. Tapi kalau keluarkan duit untuk dapatkan ramai likers, nak gunakan untuk kebaikan organisasi, memang ianya satu pelaburan jangka panjang yang berbaloi. Alhamdulillah, team kami nampaknya semuanya berlumba-lumba nak mantapkan blog mereka, nak cari ramai pembaca dan nak sebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang mudah untuk diviralkan. Jika anda semua berminat untuk menyertai Team Diet Diet Sihat, hubungi saya atau isteri saya Ainul Fadzilah Mustafa sekarang. Memang best, dan memuaskan.

Jenis Rakan di Facebook

Salam sejahtera semua rakyat bumi. Sebelum ni korang pun tahu aku suka sangat tulis pasal facebook, fan page dan macam macam tips lagi yang aku merapu dalam entry yang diletakkan sebagai label business. Oklah untuk memuaskan semua pihak, kali ini aku nak cerita sikit pasal jenia jenis rakan yang wujud dalam facebook aku ni. Oklah ni pun pasal keyword dalam blog aku je ni. Apapun jom kita tengok apa yang menarik dalam facebook aku ni

1. Adik Beradik
Yang ni kiranya standardlah bagi para para sakura yang berkecimpung dalam bidang facebook ni. Dan ramai juga ahli keluarga sanak saudara yang ada fb , memang senang nak jumpa dan buat family meeting, jemput kenduri dan sebagainya. Oklah zaman moden sekarang ni , semuanya mudah dan senang untuk berhubung sampai ada yang gile gajet walaupun dah duduk depan mata .

2. Rakan Sekolah
Masa aku mula mula but facebook, biasanya pun aku add rakan fb di sekolah lama dulu. Hoo memang bestlah, sampai aku pun tak dapat lagi news feed diorang. Ada yang unfriend pun ada , mungkin sebab list dah penuh, atau sebab tak kenal kita pun hahahhaha. Yang ada sekarang ni memang kita jenis tengok jelah, tapi aku pun jarang jumpa rakan sekolah aku. Semuanya dah busy dengab kerjaya masing masing, dah ada family masing masing dan sebagainya.

3. Rakan Universiti
Macam biasa kalau tak add bebudak sama universiti tak sah hidup sebagai seorang pengguna facebook. Oklah dari matrikulasi sama, masuk universiti, rakan master pjd dan para pensyarah pun ada facebook. Oklah senang nak dihubungi dan sebagainya.

4. Rakan Pemuzik
Golongan insan seni yang suka share pasal hasil seni mereka, ada yang dah berjaya keluar tv dan sebagainya, dan memanh ada aku add kawan yang artis.So diorang ni banyak update pasal kerjaya seni mereka. Jooo semangat pun ada aku tengok diorang siang malam praktis jamminh dan akhirnya dapat siapkan video klip, album, filem dan drama terbaru. Cuma yang sayang aku je tak dijemput lagi untuk berlakon filem kl gangster 3. Hooo macamlah aku ni hero sangat.

5. Rakan business.
Palinh gila, paling seronok dan boleh masuk kategori paling tak beradab pun ada. Ada peniaga yang jenis ajak orang takda adab, ada yang main tag je kawan kawan, tapi yang bagusnya semangat diorang nak berniaga dan nak majukan diri sendiri dan sebagainya. Kalau yang bagus tuh, selalu share kata kata motivasi untuk menyedapkan para para pembaca news feed mereka . Oklah tuh, aku suka semangat diorang nak maju dan sebagainya.

6. Penyokong Tegar
Hahhaha yang ni pun antara rakan facebook yang paling popular masa ni, sokonglah team bola sepak apapun mereka ni bersemangat bila menang troll kalah pun kena troll, ada yang sampai gaduh besar pun adanpasal bola sepak ni. Tapi list friend aku semuanya baik baik belaka. Bila menang happy, kalah tetap cool. Biasalah adat permainan menang ada kalah pun ada.

7. Asyik nak komen
Hahhaha yang ni macam biasalah, banyak sangat isu semasa yang nak dikomen. Oklah tuh, ada yang komen bagus, ada yang kecewa dan ada yang nak mengampu. Sampai masa pun komen punya komen , habuk pum tarak. biasalah sekrang ni banyak isu ekonomi, harga barang naik dan sebagainya, semua benda nak dikomen. Oklah kekadang tu penuh hasad dengki dan sangat negatif. So kena tapis sikit cakap diorang ni. 3 Kelebihan Guna Fan Page Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat