FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

3 Sebab Kena Berniaga

3 Sebab Kena Berniaga

Kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Orang yang berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Sebab kedua perlu berniaga.

Dalam berniaga kita akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, kita akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Sebab ketiga perlu berniaga.

Ukhuwah dan silaturrahim. Kita akan kenal banyak orang baru dalam hidup kita. Baik Islam mahupun bukan Islam. Dan ukhuwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara utama yang perlu dijaga ialah ‘ good contact ‘, masyarakat cina sangat menjaga hubungan ‘ good contact ‘ mereka.

kredit : diana omar

Leave a Reply

Open chat