3 Sebab Nak Buat VLOG

Oklah, sementara nak tunggu VLOG planta siap, saya juga nak share beberapa sebab sebab nak kena buat VLOG. Hoo, dulu ye zaman kita ni, kalau tulis lagi best, lepas tu buat baca komik, hoo, lagi lagi masa tu majalah Ujang dan Gila-Gila, seronoklah. Lama kelamaan, Video pulak orang tengok, hoo best woo, kiranya, dulu zaman aku sekolah, aku suka tengok video live konsert Nirvana Unplugged, lebih layan sebab boleh tengok muka Kurt Cobain main gitar kapok. So korang pun tahu, zaman Ipad, Tab ni, bebudak , sekecil 1 tahun pun dah pandai nak tengok video kartun, lagu nursery rhymes dan sebagainya. Jadi memang best sebenarnya VLOG ni. Oklah, panjang pulak introduction aku. Ok jom saksikan video di bawah, 3 sebab VLOG itu penting. 

1) Youtube ialah Search Engine kedua terbesar selepas Google 

Zaman sekarang ni, orang bukan je google je, sekarang ni orang semua nak belajar pun tengok Youtube. Boleh dikatakan, en MKB kita pun, nak buat VLOG yang hebat pun banyak belajar dari Youtube. Orang sekarang, nak buat itu, nak buat kuih, semuanya search kat Youtube. Lagi-lagilah sekarang ni, orang dah mula buat duit dengan Youtube, suatu kuasa pemasaran yang hebat. Zaman sekarang internet dah laju, Youtube bukan masalah lagi untuk ditonton !!!

2) Orang Suka Menonton

Hahha, zaman sekarang ni, membaca memang malas, so diorang suka tengok video, lebih rileks dan santai, dan cepat tangkap kalau ada video tutorial. Kalau membaca mungkin 10% je ingat, tapi kalau persembahan video anda menarik, mungkin anda lebih ingat. Itupun kalau anda fokus. Tapi video tak boleh terlampau statik, bosan juga nanti

3) Bersifat Kekal

Sekali kita upload, memang video tu kekal, tak akan padam selagi kita tak remove video tu dari youtube. Hoo, ini satu sifat automation, lagi ramai orang tengok, lagi cunlah rating kita, makin senang google nak jumpa video kita ni, hehehe. Inilah kelebihannya, SEO dan Automation !!!

0 comments on “3 Sebab Nak Buat VLOGAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge