FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

3 Sikap Untuk Berjaya Dalam Bisnes

3 Sikap Untuk Berjaya Dalam Bisnes

Dalam berbisnes ni, semua orang rasa nak berbisnes kan. Bisnes tudung, baju, perfume dll lagi

Memang jalan terbaik daripada tiada apa2 yang harus dibuat jika kelapangan adalah berbisnes. Malah dapat menambahkan lagi pendapatan untuk keluarga. Dalam masa berbisnes, kena ada sikap yang kita perlu pupuk dalam diri dari mula bisnes untuk berjaya. 3 diantara sikap2 tersebut adalah :

⚠️ Sentiasa yakin dengan diri.

Perlu yakin dengan diri sendiri dimana kita mulakan sesuatu perniagaan tu adalah bertujuan. Kena ingat BIG WHY kita sentiasa.

⚠️ Bersedia menghadapi pelbagai risiko.

Sama ada risiko kecil atau besar, yakin yang kita mampu hadapi. Sebab dalam bisnes tak mustahil ada saja risiko seperti customer kurang, stok kurang, customer lari atau sebagainya. Ini semua kita kena get ready dari awal. Supaya sampai masa kita dah pun bersedia dan pilih untuk NEXT saja.

⚠️ Pilih siapa kawan kita.

Tak semua orang suka untuk berbisnes. Mungkin pada mereka yang dalam golongan ni, berbisnes ni sangat membuangkan masa mereka. Tapi ingat tak semua kawan yang kita ada menolak untuk buat bisnes. Tak kira apa jua bisnes yang mereka pilih sesuai untuk diri mereka sendiri. Untuk apa jika terus memilih kawan yang sentiasa negatif daripada memilih kawan yang positif yang boleh berkongsi kejayaan masing2 kan. Pentingnya dikelilingi kawan2 yang positif untuk kita juga sentiasa berfikiran positif dalam semua hal.

Ini adalah antara sikap yang wajib ada pada diri kita untuk berjaya dalam sesuatu bisnes tu. Pupuk sikap ni, Insyaallah kita bakal naik ke atas

Leave a Reply

Open chat