3 Tips Marketing Dari Tauke Upin Ipin

Salam sejahtera semua. Semalam, kami pergi ke studio Les Copaque , biasalah, wife ada jemputan untuk isu air upin ipin yang difitnah ada unsur dadah dan tidak selamat untuk di minum. oklah, itu cerita wife dah buat. Tapi sebelum itu, kitorang sempat berborak dengan owner Les Copaque, pemilik suara Tok Dalang dan Opah. 

3 Tips Dari Otai Yang Gua Ingat

Hahhaha, masa berborak dengan Haji Burhanuddin Md Radzi dan Hajah Ainon Ariff, kitorang sempat bercerita tentang watak upin dan ipin, dari satu episod ke satu episod, cerita tentang kanak-kanak, cerita tentang disney dan macam-macam lagi. Ainul memang seronok sangat, sebab selalu sangat tengok video upin ipin bersama Arreessa dan Maryam. Oklah, dari perbualan tersebut, aku rasa ada 3 benda yang menarik yang aku dengar dari mulut tuan Haji.

  1. PROMOSI – Bila sebut pasal promosi ini, masa tu sembang, katanya jarang nak nampak sekarang orang kibar bendera, paling latest pun pasal Selawat Perdana haritu di dataran merdeka. Tuan haji jawab senang je, ” kurang promosi lah tu” , hahaha. Itu jawapan bagi aku sangat cool, sebab tanpa menyalahkan apapun situasi politik di Malaysia, maknanya kerajaan kurang promosi nak suruh rakyat kibarkan bendera Malaysia, memang aku setuju jawapan tuh dan akui, kerajaan kurang promosi
  2. TELADAN – bestnya cerita upin ipin ini sampai budak-budak nak buat apa yang upin ipin buat. Itu sendiri diakui oleh Opah dan Tok Dalang, hahaha. Dalam cerita upin ipin, memang tiada satu pun mesej yang jelas suruh budak-budak buat itu dan ini. Cara paling mudah ialah mengikut apa yang dibuat oleh Upin dan Ipin. Memang Arreessa sendiri pun berjaya ikut apa yang baik dari cerita tersebut, pasal simpan duit, dan memang begitu cara barat mendidik anak, bukan suruh, tapi mengikut. Jadi sangat sesuai, kalau kita jadi boss, atau kita leader dalam persatuan, cara terbaik ialah tunjukkan teladan, insyaallah anak buah akan ikut, bukan suruh semata-mata.
  3. KAJIAN – cerita pulak pasal research ni, kitorang terborak juga pasal episod raja buah, dan juga episod lemang periuk kera. Hahha, Tuan Haji sendiri cakap, itu bukan buat-buat. Memang diorang akan buat kajian dulu, test betul ke sedap durian duri hitam yang Tok Dalang makan tuh. Tuan Haji mengaku sendiri, lepas cerita upin ipin, dah musim orang jual Durian Black Horn. Lagi pulak cerita pasal lemang periuk kera, ada yang jual lemang jenis ini, terus laku, disebabkan oleh cerita upin ipin. Jadi, apapun, mesti buat kajian, jangan main buat atau main jual cerita je.

Air Upin Ipin Selamat 

Oklah, itu je yang sempat aku korek, masa perbualan dengan Tuan Haji . Sangat best, hehehe, kalau nak sembang lama, susah lah pulak. Tapi nak cerita balik, pasal air yang disukai kanak-kanak tuh, memang selamat, nak lebih lanjut, boleh baca cerita Ainul tentang air tersebut di sini. Oklah, tapi nak berjaya macam Upin Ipin, semangat mesti mau kuat, kalau kena fitnah, jangan lari, jawab balik, hahaha. OKlah, selamat malam semua. I love U.

12 comments on “3 Tips Marketing Dari Tauke Upin IpinAdd yours →

  1. Betul sangat tue.
    Anak-anak saya pun suka upin ipin secara sendirnya akan ikut semua pelakuan mereka.
    Bagus la.
    Mana nak ada permainan kanak-kanak lagi kat bandar kan.
    Semua gadjet je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge