4 Amalan Murah Rezeki

Alhamdulillah, kita dah berjumpa di Ramadan, bulan rahmat, bulan untuk manusia, beribadat , nak masuk balik, training iman dan jiwa. Hoo, memang best. Saya telah melalui beberapa peringkat sales, jatuh dan bangun. Selain kita belajar ilmu marketing , FB, SEO , ianya tidak cukup untuk membuahkan hasil. Allah juga sebagai pembuka rezeki, pembuka hati customer. Saya dulu rasa tak yakin, tapi sejak bulan lepas, saya amalkan 4 amalan yang simple ni, sebab yang saya rasa semua orang mampu untuk lakukan, tapi impaknya pada sales, pada kerjaya, pada apa yang kita inginkan, akan tercapai dan murah rezeki.



 murah rezeki


1) Solat Malam

Benda yang paling penting untuk rasa rezeki atau nak buat sales ialah Bangun Tahajud, Solat Malam. Bangun malam ni, banyak rahsianya. Kalau kita tengok buku-buku yang ada, ramai dah tulis rahsia dan fadhilat tentang bangun malam dan sebagainya. Aku tak dalah rajin sangat nak bangun malam, tapi bila dah mula buat, saya terasa bezanya aura saya bila buat sharing. Boleh dikatakan setiap kali sharing ada kesannya tersendiri. Bangun malam ini adalah satu cara kita bersyukur pada Allah. Ibadah wajib memang kena buat, tapi bila kita tingkatkan lagi ibadah waktu malam, di sini kita bina kekuatan IMAN, kuasa AURA dalam business kita. Malam ialah waktu paling sesuai berdoa, buatlah hajat supaya business kita berkembang. Mendengar satu mitos berkata, frekuensi malam ada yang terbaik untuk kita mencapaikan hasrat kita pada seseorang, walaupun jauh, tapi ianya boleh sampai, hanya berlaku pada waktu malam. 

2) Solat Dhuha 

Solat Dhuha antara amalan yang memang kita selalu dengar, kalau nak murah rezeki. Solat Dhuha, amat digalakkan, orang makan gaji, pun digalakkan buat, lagi penting orang -orang yang business, berniaga dan sebagainya. Bermula dengan bangun Subuh, jadi dalam sibuk bekerja, ambillah masa sedikit, untuk Solat Dhuha. Fadhilat dia banyak, hahhaa, search je internet, berlambak orang cerita tentang Solat Dhuha. Apa yang saya buat, paling senang ialah, semasa sujud terakhir, bacalah zikir Ya Wahab banyak-banyak. Ada yang baca Ya Razzak. Setiap nama Allah itu ada maksud dan hikmah. 

3) Zakat dan Sedekah

Buatlah, banyakkanlah sedekah dan zakat. Wife aku haritu, naikkan zakat, dari 2.5% ke 10%, terasa bezanya, rezeki tu sentiasa ada. Kuasa sedekah tu, banyak kita dengar, lagi lagi cerita pasal Syed Mokhtar, jutawan melayu islam kita, nak dikatakan, jika dia tahu projek tu akan berjaya, dia akan sedekah banyak -banyak, kerana yakin Allah akan membalas dengan rezeki yang lebih banyak. Sedekah juga adalah satu cara kita bersyukur kepada Allah. Kita tahu kita ini senang, tapi orang di  luar sana belum tentu nak rasa senang macam kita. Setiap duit yang kita keluarkan untuk jalan Allah, insyaallah akan ada pulangannya, yakin pada janji Allah, samada kita nampak, lambat atau cepat.

4) Ukhwah dan Siraturahim

Perkara yang nampak simple, tapi benda-benda ini kita kena jaga. Siraturahim, bersatu, adalah elemen penting dalam kejayaan business kita. Hadith riwayat muslim  bermaksud, sesiapa yang merapatkan siraturahim, nescaya akan dimurahkan rezeki. Dalam group kami sendiri, ikatan antara sideline, ibaratkannya sebagai ikatan kekeluargaan, adik-beradik. Kita bersaing secara sihat, kerana yakin Allah juga yang memberi rezeki. Banyak kelebihan, bila kita bertukar-tukar pendapat dan meluahkan perasaan. Benda ini kaum Cina dah lama buat, mereka memang bersatu tolong menolong bila berniaga . Sebab itu kita tengok, food court kaum Cina memang menjadi, berbanding food court kaum Melayu, yang rata-rata tak kekal lama.

Bersyukur kepada Allah

Kalau nak diikutkan banyak lagi amalan murah rezeki, nanti lah kita bincang. Ada sebenarnya point yang lebih penting, tapi saya baru nak ceritakan 4 yang ni dulu. Setiap perkara di atas, adalah cara kita bersyukur kepada Allah s.w.t. Ingatlah, yang Allah bagi, dalam sekelip mata Allah boleh tarik balik. Jadi kekuatan Iman penting, menghadapi liku-liku kesukaran dan kegagalan, sebelum nak menjadi seorang yang KAYA DAN BERJAYA !!!

2 comments on “4 Amalan Murah RezekiAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge