5 Pesanan Hidup Kepada Wanita

5 Pesanan Hidup Kepada Wanita

WANITA, BELAJAR INI DALAM HIDUP.

.
Gambar mendokong anak ini adalah gambar pada hari pertama saya perlu keluar rumah. Ketika itu anak kecil saya berusia 3 tahun lebih sahaja.

Saya menyarungkan selipar “Crocks” pasar malam yang ketika itu harganya hanya sepuluh ringgit sepasang. Itu sahaja yang saya mampu. Cuma punya satu celana yang agak baik. Dan baju yang saya pakai juga dibelikan oleh adik saya. Handbag terpakai pemberian orang.

Saya pernah berasa “kosong” dan tidak tahu bagaimana nak teruskan kehidupan dengan wang yang tidak ada di tangan.

Saya tidak punya jawapan untuk banyak persoalan. Kemudian segalanya berubah menjadi baik. Dan semakin baik. Tanpa ada satupun yang berlaku mengikut rancangan saya. Semuanya berlaku di luar dari akal dan fikiran saya. Saya hanya manusia yang punya fikiran mengikut logik akal terbatas.

Dari menjual di tepi jalan, saya dapat pekerjaan baik. Dapat tunaikan umrah. Dapat menghantar anak-anak ke sekolah dengan baik. Saya semakin mengerti bahawa tidak ada satupun yang Tuhan ambil dari kita tanpa menggantikannya dengan yang lebih baik.

.
Saya mahu pesankan 5 perkara ini kepada wanita….

.
1. Jika kamu sedang bercinta dengan seorang penagih dadah atau kaki pukul, tinggalkan dia. Benar cinta itu buta, tetapi wanita usah ikut jadi “buta”. Pesan ini kepada adik-adik dan anak perempuan kita juga.

.
2. Jika sudah keluar dari sebuah kekecewaan atau kegagalan dalam perkahwinan, ketahuilah bahawa, setiap kegagalan itu adalah “benih” untuk kejayaan. Jangan berhenti ketika gagal.

.
3. Self spirit adalah sangat penting. Usah menangis. Tidak ada orang yang akan suka apabila kita menangis berhari-hari tanpa berganjak sedikit pun dari kisah sedih di masa silam. Keep moving on and smile again.

.
4. Kata Imam Al Ghazali…

“Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, pertama, kamu harus sabar dengan apa yang kamu benci…”

.
5. Susah hati macamana sekalipun solat jangan tinggal. Biar apa pun berlaku, sesibuk mana pun fikiran mu, solat jangan tinggal. Jangan berasa “rugi” waktu untuk bersolat sebentar sedangkan solat itulah yang memudahkan hidup kita untuk banyak perkara.

Jika saat ini anda sedang dilanda ujian. Bertahanlah.

Allah sayang…
Dzuriasikim Dzulkefli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat