FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

5 Sebab Orang Mahu Membeli

5 Sebab Orang Mahu Membeli

5 SEBAB yang buat orang BENAR-BENAR mahu membeli menurut Forbes:

1. Keselamatan

Produk kesihatan kita selamatkah? Apakah kesan sampingan selepas guna?Servis insuran kita selamatkah? Apakah kita sanggup menjawab panggilan telefon pukul 3 pagi?

2. Gaya hidup

Desain produk yang terkini ke? Apakah servis kita guna teknologi terkini? Apakah proses pembelian menyenangkan? Apakah kepuasan aku dapat bila guna produk ini?

3. Penghargaan

Wah, kasut ini sama macam Nealofa pakai! Kawan-kawan mesti puji. Keluarga mesti gembira aku belikan penapis air untuk mak.

4. Hubungan

Sombonglah ejen tu walau produk bagus! Dia ni nak menjual je, sikitpun tak pernah like post aku! Terima kasih hantar makanan sampai depan rumah, maaflah Makcik tak sihat nak bawa kereta jumpa kamu. Aku yang tua dan pakai selipar pun dia panggil Puan. Baik dia ni!

5. Signal kejayaan.

Dengan pembelian Tuan ini dapat membantu udara persekitaran keluarga Tuan. Ramai eksekutif berjaya dalam sesi pitching kerana keyakinan apabila memakai kasut ini. Pembelian ini sebahagiannya dapat beri sumbangan kepada petani sekitar yang membekalkan buah-buahan ini ke kedai kami.

Ada sebut ciri produk?
Ada sebut kelebihan fungsi produk?

Tiada.

Ini yang mereka mahu dengar dan tahu.
Siapa belajar Teori Maslow, dia tahulah ranking nya.

Kelima-lima di atas mengisi ruang emosi pelanggan dan menjentik hati untuk membuat keputusan pembelian.

Sumber : Forbes.
Contoh dan kupasan : Mohd Noor Azam Ateh.

Leave a Reply

Open chat