5 Sikap Tawaduk

5 Sikap Tawaduk

“Tawaduk”

Tawaduk adalah perasaan rendah hati tatkala melihat orang lain.

Ketika melihat seseorang ‘Barangkali dia lebih baik dan lebih tinggi
darjatnya di sisi Allah’.

Ketika melihat orang yang lebih muda ‘Dia belum bermaksiat kepada Allah tetapi aku telah bergelumang dengan dosa.
Dia lebih baik dari aku’.

Ketika bertemu dengan orang lebih tua ‘Inilah hamba Allah yang terlebih dahulu hidup di dunia ini’.

Ketika berhadapan dengan orang yang berilmu ‘Orang ini mendapat anugerah yang tidak ku dapat. Dia memperoleh apa yang tidak aku perolehi. Dia berilmu sedangkan aku bodoh’.

Ketika di pertemukan dengan orang bodoh ‘Dia bermaksiat kepada Allah kerana tidak tahu sedangkan aku bermaksiat padahal aku tahu itu adalah maksiat. Aku tidak tahu bagaimana hidupku akan berakhir dan tidak tahu pula bagaimana hidupnya berakhir’.

Jika seorang hamba hatinya telah seperti itu, dia akan selamat dari siksaan Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat