5 Tanda Anak Anda Ada Masalah Fear Loop

5 Tanda Anak Anda Ada Masalah Fear Loop

Pernah dengar Fear Loop?

Fear loop ini bahaya kerana anak terdedah pada sesuatu yang boleh mengancam nyawa tanpa kita sedar.

Bila anak sentiasa dalam “ketakutan” pada orang dewasa, anak akan cenderung untuk membuat semua perkara sendiri.

Diorang bukan tahu beza bahaya atau tidak. Itu yang buat Fear Loop ni sangat bahaya. Bahaya yang kita tak boleh nak JANGKA !

Bagi mereka, antara memilih untuk buat sendiri atau kena marah, baik buat sendiri.

Tolonglah tengok kalau ada tanda-tanda awal Fear Loop ini pada anak. Ini tanda-tandanya:

1 – Dia mula menipu

Walaupun perkara itu berlaku depan mata, bila kita tanya dia tak mengaku. Kalau tak menipu, dia senyap tak terkata.

2 – Susah nak meluah

Kadang kita anggap anak begini jenis berdikari. Dia jarang nyusahkan kita. Tapi pernah terfikir tak yang anak tu mungkin takut nak meluah?

3 – Penakut

Ada anak takut gelap, ada anak takut binatang, anak takut jumpa orang dewasa pun ada. Lain anak lain ketakutannya. Fear Loop ini buat keberanian anak mengecut.

4 – Selalu menangis

Bila ketakutan, dia menangis. Bila kena marah, dia menangis. Bila kena gurau kasar sikit, dia menangis. Menangis adalah cara anak lawan ketakutan. Lepas nangis dia lega.

5 – Lemah sosial skil

Anak yang ada Fear Loop ni susah nak bergaul dengan orang lain. Dia tak pandai berkomunikasi, dia senang bergaduh dan dia senang sentap.

Masa kecil anak la orang yang paling berani. Dia tak takut cedera, dia tak takut jatuh dan dia tak pernah takut bila mak ayah marah. Malah ketawa masa kena marah adalah.

Inilah natijahnya bila kita kerap marah, tengking dan herdik anak masa dia kecil.

Sebab ini jugalah sebaiknya bagi anak yang berumur 7 tahun pertama kita tak boleh marah, hatta tinggi suara sikit pun tak boleh pada mereka.

Kita disuruh untuk layan anak macam RAJA, bukan sebab nak kita manjakan anak tapi sebab kita tahu bahawa otak dan emosi anak kecil ini sangat rapuh (Fragile) dan mudah rosak.

Berhentilah melepas geram pada anak-anak. Siapa lagi nak lindungi anak-anak kalau bukan mak ayah sendiri.

Banyak lagi info dan tips untuk ibu bapa dalam melayan anak-anak dalam ebook Rahsia Urus Emosi Terpendam. Sangat sesuai dibaca oleh ibu bapa dan bakal ibu bapa juga. Serius!

Kadang-kadang kita boleh terperangkap dalam emosi sendiri. Kesian anak-anak nanti, menjadi mangsanya.

Cepat, dapatkan di sini. Sekarang tengah ada harga promosi tau. Klik sini ya:

https://hepi.onpay.my/order/form/uetp01/3

#NF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat