FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

5 Tips Bisnes Untuk Orang Baru

5 Tips Bisnes Untuk Orang Baru

Tips bisnes!
Khas untuk newbie.

‘online seller’ atau ‘peniaga cyber’ menjadi trending zaman sekarang. Ramai yang ingin memulakan perniagaannya bertunaskan medium media sosial.

Walaupun ramai yang dah lama memanfaatkan facebook sebagai platform perniagaan. Masih ada yang baru atau ‘newbie’ yang menceburi bidang bisnes online ini.

Masih belum terlambat. Buat duit melalui henpon. Picit-picit je dapat duit. Dengar macam mudah je. Tapi kalau tak sado tak jadi.:grin:

Tips 1.
Kite bukan artis. Promote satu kali dah beratur orang nak beli. Bukan semua kenal siapa kita. Jadi yang terbaik kita kenalkan diri kita dahulu serba sedikit. Barulah orang percaya dengan kita.

Tips 2.
Jangan hangat-hangat taik ayam.
Harini promote. Esok demam. Lusa sakit perut. Tulat lah baru promote semula. Macam mana kita nak bina trust orang. Kalau kita pun tenggelam timbul.

Tips 3.
Kedai kena kemas!
Mana kedai kita? Wall facebook kita tu lah kedai kita. Macam mana orang nak datang kedai kita kalau profile picture kita gambar hantu kak limah atau gambar kucing comel. Nanti orang pun confius, ni orang ke hantu ke kucing.:joy:

Tips 4.
Letak perasaan malu dalam lesung batu. Tumbuk kasik lumat. Nak meniaga tapi shy shy cat. Kenapa nak malu? Kita bukan buat dosa. Kita mencari rezeki yang halal. Pedulikan apa orang nak kata kita yang penting jaga perkataan kita, jaga tingkah laku dan yang paling penting niat kita dengan Allah. :kissing_heart:

Tips 5.
Carilah ilmu buat bekalan perniagaan untuk belayar di facebook. Rajin membaca, follow orang-orang lama yang buat bisnes online. Cara mereka ‘run’ bisnes. Ilmu itu jambatan kejayaan. Bermula dengan sekecil batu bata sehinggalah menjadi konkrit kukuh yang menyambungkan dua bahagian darat yang terpisah oleh sungai. Boleh menampung beratnya lori trailer. Walau dihentak beribu kali masih setia sebagai jambatan. :grin::kissing_heart:

Semoga bermanfaat untuk semua…

Leave a Reply

Open chat