5 Tips Keselamatan Buat Ibu Bapa

5 Tips Keselamatan Buat Ibu Bapa

Ramai ibu bapa yang excited kongsi kisah anak masuk sekolah. Biasalah ibu bapa selalu memang excited anak dah besar! Rasa macam baru je dukung, suapkan moi pada anak. Harini masuk darjah 1, tingkatan 1.

Cuma pesanan saya, dengan keadaan negara yang banyak kes culik dan kes pelik-pelik, tolong jangan dedahkan lokasi sekolah spt nama sekolah, snap gambar buku sekolah yang ada nama sekolah, snap lencana sekolah yang orang boleh detect sekolah mana.

Nama anak dah tahu, sekolah anak dah tahu, darjah berapa dah tahu. Senang kan kerja mereka? Bukan nak bersangka buruk. Langkah berjaga-jaga.

Ada mata-mata memandang. Yang nak buat kerja-kerja duit cepat dalam keadaan ekonomi mendesak. Ada sanggup ragut, rompal, culik dsb.

Selalu pesan anak

baca doa keluar rumah – bismillahi tawakkaltu alallah

Jangan keluar dari pagar sekolah sampai ibu bapa / penjaga datang

Jangan ikut orang tak kenal – yang tanya jalan dsb

Boleh juga buat lakonan kalau orang bagi gula-gula ambil tak? Tanya supaya mereka berfikir.

Ibu bapa doakan keselamatan anak-anak. Sesungguhnya bukan kita yang memelihara anak-anak kita, tapi Allah yang memelihara anak-anak kita

kredit pesanan dari Laila Mukhta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat