FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

5 Tips Start Bisnes

5 Tips Start Bisnes

Ramai lepas PKP ni dah mula nak intai-intai peluang berniaga.

Antara sebab nak mula berniaga,

1. Jana Side-income
2. Support pasangan, suami/isteri
3. Support keluarga
4. Kehilangan pekerjaan
5. Minat

Tips,

1. Guna apa dalam tangan.
Banyak bisnes sekarang tak perlukan modal. Boleh mula dengan kepakaran yang anda ada. Buat kek, kuih, menjahit, ambil gambar atau bakar mengajar. Atau sesuatu yang korang minat atau dekat dengan korang.

2. Fokus.
Bisnes berjaya bila mereka fokus buat 1 bisnes sampai jadi. Fokus kembangkan 1 bisnes sahaja. Kalau tak nanti penat bila semua benda nak buat, tapi semua benda korang buat result biasa-biasa je. Biar buat 1 benda result luar biasa, lepas tu copy-paste.

3. Invest pada ilmu.
Bisnes bukan bakat semulajadi, Ilmu Bisnes Boleh belajar. Apatah lagi sekarang, semua boleh google. Walaupun ilmu percuma di mana-mana, jangan kedekut untuk invest

4. Jangan menjual, tapi bantu.
Bila kita mula menjual, orang mula lari. Fokus nak selesaikan masalah orang dahulu, bukan jual benda. Anggap je korang takde benda nak jual. ‘Untung’ akan datang kemudian.

5. Cari mentor.
Elakkan dari langgar dinding. Cari orang yang boleh guide anda dan nasihatkan anda apa nak buat next. Mentor ni mungkin dia adalah kawan anda, keluarga sendiri, usahawan yang dah berjaya, coach bisnes atau sesiapa yang dah ada result

Ingat,
Tidak penting dari mana kita bermula, yang penting ke mana destinasi kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat