FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

5 Tips Untuk Berjaya

5 Tips Untuk Berjaya

RAHSIA UNTUK MENJADI USAHAWAN BERJAYA

Berikut antara tips yang boleh kita sama-sama amalkan untuk menjadi usahawan yang berjaya., in Sha Allah. Antaranya adalah :

1. Niat yang betul
Dalam menjalankan urusan perniagaan, kita mestilah mempunyai niat yang betul iaitu untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dengan niat yang betul, apa jua pekerjaan yang dilakukan akan menjadi satu ibadah dan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. Inilah keuntungan sebenar.

2. Daya Tahan Tinggi & Tidak Mudah Berputus Asa
Adat dalam berniaga mesti ada untung dan rugi. Jika perniagaan yang dijalankan tidak mendatangkan keuntungan seperti yang diharapkan, kita mestilah bersabar dan tidak cepat melatah. Usaha mesti digandakan dan semangat mesti ditingkatkan untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang bak kata pepatah ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’.

3. Ilmu Kemahiran Mencukupi Dalam Bidang Diceburi
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita mesti sentiasa menuntut ilmu dalam bidang yang berkaitan untuk memudahkan kita berurusan dengan pihak luar. Tanpa ilmu, kita akan mudah ditipu oleh pesaing-pesaing.
Perlu kuasai pelbagai cabang ilmu untuk memudahkan kita mencipta kejayaan demi kejayaan dalam perniagaan yang dijalankan. Ini bezanya antara seorang usahawan yang bermisi dengan yang tidak.

4. Visi & Misi Jauh ke Hadapan
Setiap usahawan yang bercita-cita mahu berjaya dalam bidang keusahawan mestilah mempunyai visi dan misi yang jauh ke hadapan. Dengan adanya perancangan yang baik, ia akan memudahkan kita untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Usahawan sejati adalah seorang yang strategik dan mempunyai daya saing yang tinggi. Itu sebab perlu ada ilmu yang lengkap, dan bukannya menjadi seorang usahawan tong kosong .. melakukan sesuatu perniagaan dengan sembrono.

5. Sentiasa Berfikiran Positif
Kita kena bijak mengurus tekanan atau stress dalam perniagaan. Amalkan berfikiran positif kerana dengan berfikiran positif ia memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan kita.
Kita mesti melihat masalah itu sebagai satu cabaran yang mesti diselesaikan dengan cara yang terbaik – dengan ilmu yang betul.
Sekali lagi, akhir diingatkan .. rezeki ini datangnya dari Allah S.W.T. Jadi, bila kita ingat Allah dalam menjalankan perniagaan, in Sha Allah .. kita akan dibantu olehNYA.
Jangan buat kerja separuh jalan. Jangan berhenti berusaha dengan bisnes dan perniagaan anda.

Para usahawan baru terutamanya haruslah konsisten dalam menjalankan perniagaan. Buat yang akan menjalankan perniagaan pertama – Satu perkara yang harus dipegang adalah jadikan perniagaan pertama sebagai batu loncatan dan medium pembelajaran sebelum mengorak langkah untuk mengembangkan perniagaan.
Mahu mencapai buah masak di hujung dahan, kenalah panjat dari bawah .. ye tak?

kredit : NTDOT Community

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat