6 Perkara Penting Dalam Promosi

1. IKLAN
-Iklan tu biarlah konsisten. Berterusan. Jangan STOP. Pendek kata, iklan ni takde istilah CUTI. Cuba perhatikan iklan KFC. Sampai sekarang non stop. Jadi, sila cermin diri kita. Sebab tu saya ingatkan anak-anak bisnes jangan mengeluh jika iklan baru seciput cuma.haa giteww.
2. GAMBAR
Mesti JELAS & MENARIK. Sebab manusia cepat tertarik pada sesuatu yang menarik. Kalau boleh, gambar tu biarlah “hidup”. Faham ke faham? Kalau ada modal lebih, shoot studio ke, guna model ke. Ikut kreativiti masing-masing.
3. KOMUNIKASI
Wujudkan perhubungan baik dengan customer. Jangan la ‘sis..sis. ‘. Tanya nama die, dah tahu nama, panggil nama die. Dan rajin sket klik kat emoticon . Kat situ dia rasa selesa dan macam kenal kita 10 tahun.
4. SET TARGET
Ok, bangun pagi, niat dalam hati nak berapa sales hari tu. Dan niat nak bantu orang, nak cantikkan orang. Percayalah bila pagi-pagi kita dah ada niat gitu, jangan terkejut sales hari tu kadang-kadang lebih dari yang kita target. Ini rahsia saya. Jangan niat nak DUIT semata. Memang takde la sales hari tu. Percayalah.
5. VIRAL
Sekarang dunia semua di hujung jari kan? Ada tak awak berniaga macam zaman dulu? Ketuk 1 pintu rumah ke 1 pintu rumah . Bawak barang, tengah panas. Yang pakai kemeja, peluh habis hangit ketiak. Takde kan? 1 klik 1 customer. Offer rakan-rakan dan minta viralkan produk. Kalau nak lebih lagi, beri PROMOSI. Sebab rakyat kita alergik dengan ayat PROMOSI dan PERCUMA.
6. HEART to HEART
Story telling. Orang kita suka baca cerita. Jadi cuba buat cerita. Penulisan seperti bercakap. Orang nak tahu FEEL dan memenuhi EMOSI dia. Tak perlu buat karangan untuk huraikan nama saintifik bahan atau nama produk. NO POINT. Orang tak nak tahu pun. Yang orang nak tahu, apa manfaat produk tu boleh bagi kat dia.
kredit : diana dyan