FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

6 Perkara Untuk Menjadi Wanita Berjaya

6 Perkara Untuk Menjadi Wanita Berjaya

6 PERKARA UNTUK MENJADI WANITA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

1. ALIMAH – Wanita yang berilmu dengan menjaga taklim secara istiqamah. Taklim adalah perintah ALLAH, ia juga merupakan roh kepada agama dan adalah salah satu pintu gerbang masuknya agama ke dalam rumah.

2. ZAHIDAH – Wanita yang hidupnya sederhana. Dengan hidup sederhana hisab akan mudah dan ringan. Maksud hidup sederhana adalah dari pakaian, makanan, perabotan rumah, penampilan.

3. ABIDAH – Wanita yang menjaga solat di awal waktu, zikir pagi dan petang. Semua kerja rumah selalu diiringi dengan zikir, istiqamah baca Al Quran, solat sunat, puasa wajib dan puasa sunat.

4. MURABIYYAH – Sebagai guru yang mendidik anak anak secara islam sesuai dengan yang telah dicontohkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Anak merupakan amanah dari ALLAH jadi ibu kena ajar adabnya, badan, pakaian dan makanannya. Kenalkan agama kpd anak anak, latih supaya takut hanya pada Allah, tanamkan pada anak anak cinta pada ALLAH, RasulNya dan saudara, dan lain lain.

5. KHADDIMAH – Selalu berkhidmat untuk suami dan anak anak dalam setiap menunaikan keperluan mereka serta tamu yg dtg ke rumah dengan ikhlas semata mata kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.

6. DA’IYAH – Mengajak manusia untuk selalu taat kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala dan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan tanam iman yakin kepada kampung akhirat.

kredit : siti zulaikha ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat