7 Panduan Bila Dapat Duit KWSP 10000 Ringgit

7 Panduan Bila Dapat Duit KWSP 10000 Ringgit

***PERINGATAN***

KWSP RM10,000 APA KITA BOLEH BUAT DAN ELAKKAN?

Kerajaan baru saja meluluskan pengeluaran RM10,000 dari KWSP kepada 8 juta pencarumnya. Ini adalah rahmat yang besar kepada sekelian kita semua. Jangan jadikan rahmat ini sebagai malapetaka pula kepada kita. Rancang baik-baik. Anggaplah ianya bantuan tali hayat kewangan yang terakhir untuk kita. Ini antara pendapat aku kepada kita semua :

1. JANGAN LABUR DALAM SKIM SKAM SKUM
Hati-hati. Dalam tempoh beberapa hari akan lahirlah skim skam skum yang kononnya boleh gandakan duit kita sekelip mata tanpa buat apa-apa kerja. Menawarkan pendapatan luar jangka dengan mudah. Jangan banyak berhayal.

2. JANGAN RENOVATE RUMAH, BELI LANGSIR, BELI MOTO, BELI SPORTRIM, IPHONE 12
Kawal keinginan dan kehendak. Semua belian itu tak menguntungkan. Langsir lama masih boleh dipakai, tiada sebab mahu beli langsir baru. Dapur lama masih boleh digunakan, tiada sebab kena buat kabinet baru.

3. JANGAN BAGI ORANG PINJAM
Semua orang sedang hadapi masalah sama. Jangan rasa kita mewah dengan RM10,000 tu. Meminjam memang mudah, mahu bayar itu yang susah.

4. UNINSTALL SHOPPEE SEKEJAP
Memang jadi amalan manusia. Bila ada duit mudah sangat berbelanja. Lagi-lagi belian secara online, duit hanya figure di paparan screen tel. Kurang rasa sayang berbanding duit fizikal.

5. MULAKAN BISNES KECIL
Ini penting. Gunakan sebahagiannya untuk mulakan perniagaan sendiri. Jangan gunakan semuanya. Maksimum pun 50% sahaja. Beranakkan modal itu jadi pendapatan tambahan. Ini penting, aku ulang INI PENTING. Duit ini jadikan joran untuk memancing ikan, bukan beli ikan.

6. SIMPAN DAN LUPAKAN
Kalau sekarang kita boleh bertahan dengan pendapatan semasa, simpan dan lupakan duit ini. Simpan dalam Tabung Haji, ASB dll. Kalau tidak pun, bagi mak ayah korang tolong simpankan.

7. GUNAKAN SIKIT-SIKIT
Jika memang benar kita mengalami masalah kewangan sekalipun, gunakan sikit-sikit. Ambillah RM200 sebulan sementara nak stabilkan keadaan. Kalau ambil RM200, bolehlah bertahan 50 bulan atau 4 tahun. Harap-harap dalam tempoh itu kita sudah kembali stabil.

Kesimpulannya, duit ini duit korang sendiri. Gunakanlah secara berhikmah. Jangan enjoy teruk sangat. Kalau dapat, sedekahkan sikit kepada yang memerlukan. Moga barokahnya memudahkan urusan kita nanti.

Dah baca fikirkan sendiri, ada tak keperluan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat