8 Masalah Bisnes MLM Atomy

8 Masalah Bisnes MLM Atomy

ATOMY

SALAM SEMUA: Oleh kerana ramai sangat dan hampir setiap hari ada saja orang bertanya kepada kami mengenai Atomy, maka kami terpanggil menulis sedikit berkenaannya.

Atomy adalah syarikat MLM dari Korea yang sudah lebih 4 tahun bertapak di Malaysia. Mereka mempunyai lesen AJL dan memasarkan produk makanan, kesihatan, kosmetik dan penjagaan kulit.

Teguran dan nasihat yang kami berikan bukan sekali-kali untuk mengesahkan Atomy tidak patuh syariah. Tetapi pada masa yang sama, tiada siapa yang bertauliah sudah mengesahkan Atomy patuh syariah.

Pendapat dan nasihat ikhlas kami adalah seperti berikut:

1. Adalah dinasihatkan supaya Atomy melantik penasihat syariah rasmi yang bertauliah untuk mengesahkan pelan pemasaran dan operasi syarikat Atomy adalah patuh syariah. Sekadar ramai ustaz yang sudah menjadi ahli bukan penentu kepatuhan syariah.

2. Dari laman web Atomy Malaysia, Atomy pasarkan kedua2 produk halal dan produk yang tidak disahkan halal di Malaysia. Jika kita nak beli dan guna produk untuk diri sendiri saja tapi tidak mahu menjalankan bisnes, kita boleh pastikan sendiri produk itu halal sebab dalam kawalan kita sendiri. Tetapi, ini mungkin jadi isu apabila kita menjadi ahli dan ingin melebarkan network serta menggandakan pendapatan, kemungkinan besar akan melibatkan pendapatan syubhah dari jualan produk yang tidak disahkan halal.

3. Carian dalam Google dan Telegram mendapati perkara2 yang perlu dielakkan sama-sekali seperti iklan yang selalunya menyebut “Tidak perlu jual”, “Tiada risiko” dan “Tiada…” macam2 lagi sebab ia amat mengelirukan. Jika “Tak perlu jual” masakan nak dapat pendapatan. Recommend atau sponsor orang lain untuk guna produk juga adalah satu aktiviti jualan. Apa-apa saja aktiviti yang melibatkan usaha untuk mendapatkan pendapatan (selain makan gaji) dan/atau keuntungan adalah jualan dan pasti akan ada risiko. Antara risikonya ialah kita belanja alat2 pemasaran, test products, belanja operasi seperti minyak kenderaan dll tetapi tidak mendapat pendapatan yang berbaloi. Itu semua risiko dalam perniagaan dan ada kemungkinan akan rugi sebab risiko menjadi kenyataan. Jika guna iklan “tiada risiko,” ia boleh membawa maksud “jamin modal dan/atau untung” dan ini dilarang syarak. Janganlah iklan macam scammer pulak kan.

4. Elakkan sama-sekali sebut “Tiada pembelian wajib bulanan” dalam apa2 promosi. Sebab, jika kami tak silap, ada pembelian wajib paling kurang sekali setahun untuk maintain keahlian. Itu adalah pembelian wajib walaupun bukan bulanan. Dan juga, ada juga PV minima (baca: belian minima), barulah boleh dapat PV kaki. Jika mengaku tiada pembelian wajib, maka sepatutnya tiada pembelian wajib selama menjadi ahli. Sejak 1 Sept pula, perlu ada satu belian dalam masa 6 bulan jadi ahli baru, kemudian satu belian dalam masa 12 bulan seterusnya jika ingin terus jadi ahli. Jika nak teruskan mengaku “Tiada pembelian wajib”, lebih baik caj saja yuran tahunan.

5. Ada yang mendakwa sistem binary yang digunakan Atomy adalah tidak patuh syariah. Di sini kita perlu berhati2 dalam menuduh sesuatu yang kita tidak pasti atau tiada ilmu mengenainya. Asal setiap sesuatu dalam muamalat adalah harus, melainkan terdapat elemen2 yang terbukti tidak patuh syariah berdasarkan nas sahih. Maka untuk menuduh sistem binary yang digunakan Atomy tidak patuh syariah, perlu memberikan bukti berdasarkan nas sahih. Kami telah meneliti sedikit sebanyak Atomy Compensation Plan, namun tiada maklumat rasmi mengenai sistem binary yang digunakan. Untuk menentukan samada pelan pemasaran Atomy patuh syariah atau tidak, kita biarkan penasihat mereka yang menentukan apabila mereka dilantik kelak. Namun, Atomy perlu pastikan tiada elemen2 seperti ini dalam sistem binary yang mereka gunakan, antaranya:

a. Tiada amalan re-entry iaitu satu nombor IC boleh daftar lebih daripada satu akaun.
b. Tiada amalan di mana jika kita beli pakej ahli yang lebih tinggi, kita akan mendapat diskaun produk yang lebih tinggi.
c. Tidak berlaku flushing.
d. Tiada berlaku inventory front-loading.
e. Tiada kemestian untuk maintain belian individu untuk mendapat komisen kaki, seperti mesti beli dan dapat PV minima, barulah boleh dapat PV kaki.

Kami tak jumpa pula perkataan2 seperti “Tiada pembelian wajib bulanan”, ”Tiada risiko”, ”tak perlu jual”, dan ”Pendapatan pasif” dalam Compensation Plan Atomy.

6. Dari carian dalam Google yang kami lakukan, banyak pengedar yang mendakwa produk Atomy dapat melegakan/menyembuhkan penyakit2 kronik seperti cancer, darah tinggi dll. Banyak juga testimoni2 yang tidak disahkan dipamerkan. Atomy dan upline2 yang senior sepatutnya mempunyai satu polisi tegas memantau dan melarang aktiviti2 seperti ini oleh kerana ini bertentangan dengan undang2. Jika tidak, ada yang akan mendakwa Atomy menyokong aktiviti2 yang tidak sihat ini. Boleh rujuk Seksyen 3, Akta Ubat (Jualan & Iklan) 1956, Garis Panduan Pelabelan Am Makanan (Bahagian IV, Peraturan-Peraturan Makanan 1985) Peraturan 18 (6), Garis Panduan Mengelakkan Iklan Palsu atau Mengelirukan, Laman Portal Rasmi Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 (Disemak 1983) dan Peraturan-peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976. Tidak patuh undang2 bermakna tidak patuh syariah.

7. Banyak iklan2 pengedar, termasuk iklan2 pengedar2 ternama, selalu mewar2kan seperti “dapat income 5 angka dalam sebulan”, ada sampai 6 angka dan juga iklan “business income pasif.” Untuk mengelakkan Atomy dituduh sebagai skim money game, adalah lebih baik elakkan tawaran2 sebegitu dengan menyiarkan pelan pemasaran rasmi di media sosial. Serta memberikan sedikit pencerahan apa yang pengedar perlu buat, berapa pengedar baru yang perlu disponsor, berapa banyak produk yang perlu dibeli atau point yang perlu dapat secara berkumpulan untuk mencapai “5 angka dalam sebulan.” Macam business yang legit dan sahih, bukan ala scam. Kalau ”Tak perlu menjual”, sampai bilakah atau bolehkah dapat ”5 atau 6 angka sebulan.” Ini adalah untuk elakkan berlakunya tadlis (penipuan) dan hilah (helah atau deception).

8. Ada orang memberikan maklumat mendakwa bisnes Atomy membantu mubaligh (missionary) dan dakwah ugama Kristian. Mereka memberikan maklumat ini merujuk kepada laman web rasmi Global Atomy mengenai Dreamy Foundation. Atomy perlu memberikan pencerahan samada sebahagian pendapatan dari ahli, termasuk dari Malaysia, digunakan untuk membantu mubaligh dan dakwah ugama Kristian. Kenyataan pengerusinya adalah seperti berikut… ” The Dreamy Foundation was established to carry out relief work to promote Christian gospel ministries and missionary activities. Atomy is a Christian company that values the spirit of philanthropy as its core value while following the principles of “Business as Mission.” The Dreamy Foundation seeks to expand its influences beyond individual religious practices to fulfill corporate social responsibilities. Atomy adheres to efficiency, sustainability, expansion, and multiplying as our management principles. Atomy also holds global gospel bible classes, bible camps for elementary students, and lectures related to the topics of faith and work. Chairman Han-Gill Park seeks to spread the teachings of Jesus Christ and help neighbors in need through the Dreamy Foundation. “As someone who has always been called to work hard, whether or not the timing is right, I cannot help but talk continuously about the gospel with everyone I meet since the founding of the company. (Chairman Han-Gill Park)”

Ini adalah pendapat/nasihat ringkas ikhlas kami setakat maklumat yang kami perolehi.

Mohon maaf jika ada kesilapan.

Wallahu’alam… 😁

Tkasih.

Nota Lariba: Screen shot diambil dari laman web Atomy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat