9 Pembaziran Manusia

9 Pembaziran Manusia

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :

1. Ilmu pengetahuan – Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2. Amalan – Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3. Kekayaan – Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah.

4. Hati – Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5 .Tubuh badan – Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Cinta – Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Masa – Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8. Akal – Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9. Zikir – Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahua’lam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat