FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

9 Perkataan Berpengaruh Semasa Closing Sale

9 Perkataan Berpengaruh Semasa Closing Sale

9 Perkataan Berpengaruh

Semasa Closing Sale

“Frust laaa saya abam… kaw-kaw dah saya promote .. tanya macam-macam, bukan main banyak.. kita layan habis baek & pantas dah…, tapi krik krik je lepas tu…”

Kesilapapan kita ialah tak berjaya “mempengaruhi” pelanggan untuk membeli apa yang kita jual

Kat sini abam nak kongsikan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi pelanggan untuk bertindak membeli produk yang kita jual… iaitu… “magic word” dalam bahasa orang kampung abam di uganda… 😝

Jom kita tengok 9 dari 20 perkataan tu…

kenapa 9 je abam bagi…?

9 ni pun dah cukup… nak lebih masuk la kelas… hahaha…

sebelum tu abam nak jelaskan dulu macam mana nak guna perkataan tu dalam ayat,

perkataan tu takkan jadi power jjika tak kena dengan ayatnya… jadi kita perlu sesuaikan perkataan dengan ayat yang kita tulis tu ya…

okey… jom kita tengok 1 per 1 perkataan tu….

1. FREE

sapa yg tak suka bila dengar perkataan free kan… orang gila pun suka benda free, tak caya gi cuba bagi makana free kat dia… kompom dia suka kan…?

tapi… nak bagi free ni biar la ada nilainya… jangan la bagi benda free yang tak sesuai dengan nilainya… & mesti ada kaitan degan produk yang kita jual, contohnya barang yang kita jual tu harga 100, bagi la benda free yang nilainya 5-15, baru la pelanggan rasa berbaloi… “beli tudung ni akak dapat free brouch bernilai 10 ringgit.

2.  JIMAT

Dalam keadaan ekonomi yang hura-hara ni perkataan “jimat” ni sangat di sukai… maklum la… harga barang maikin naik, gaji tak naik-naik… cara paling bagus adalah berjimat-cermat, walaupun benda tu satu keperluan,

contoh ayat, “kalau akan beli tudung ni kat saya akak dapat JIMAT 50 ringgit berbanding akak beli dengan orang lain”

perkataan jimat tu di highlightkan, baru la lebih jelas dia orang nampak

3. CEPAT

Sapa yang tak suka kalau masalah dia orang tu boleh selesai cepat, sekarang ni zaman serba cepat… lambat tinggal la kan…

contoh ayatnya, “Ubat nyamuk ni boleh bunuh nyamuk dalam masa 5 saat je, cepatkan… tak sempat dia nak kokak kita dia dah mati dah…”   tu contoh la..

4. DISKAUN

Ni lagi satu… dia lebih kurang fungsinya dengan jimat, kalau ada diskaun 70 %, tengok macam mana ramainya orang membeli…, tapi bukan selalu kalau kita bagi diskaun tu, melingkup la bisnes kalau bagi hari-hari

contohnya “Akak akan dapat “diskaun” 50 ringgit jika akak buat bayaran sebelum jam 6 petang ni”.

5. ISTIMEWA

siapa tak suka dihargai… istimewa ni kita beri  khas pada dia, orang lain tak dapat , itu point istimewa ni…

contohnya, “Sebabkan akak pelanggan pertama saya hari ni, jadi saya bagi harga istimewa untuk akak”.

6. PROMOSI

Kebiasaanya promosi ni ada kaitan dengan hari perayaan atau hari istimewa,

contohnya, “Sempena Hari kelahiran anak saya yang ke 2th, saya nak bagi harga promosi pada akak”.

7. LIMITED/TERHAD

Perkataan ni biasa kita bagi pada CTA & Urgentcy , perkataan ni boleh mempengaruhi pelanggan untuk membeli, sebab dia takut tak sempat dapat barang yang dia nak

contohnya, “Tudung ni saya buat “limited” kak, hanya ada 50 pasang je, sekarang dah tinggal 23 je lagi kak, dalam masa 2 hari,, kalau akak betul nak, boleh dapatkan sekarang”.

8. BONUS

macam kerja… tiap tahu ramai yang tunggu bonuskan?, so… sapa yang tak suka bila dapat bonus, tak perlu bayar lebih. boleh beri dalam bentuk barang & duit

contohnya, “Dengan pembelian 200 ringgit akak akan dapat “Bonus” bernilai 60 ringgit, bestkan…”.

9. JAMINAN

Jaminan ni penguat pada produk kita, orang kadang takut beli sebab banyak yang tak boleh di percayaai, jadi… bila ada jaminan, pelanggan akan lebih yakin dengan kita

contohnya, ” akak jangan risau, barang ni ada :jaminan” dari KKM,MESTI & HALAL JAKIM, pelanggan kami pun banyak yang beli berulang kali dengan saya, saya memang direct berurusan dengan HQ”.

Okey… cukup la tu ya… yang baki lagi 11 tu hanya akan abam kongsi dalam kelas hari jumaat ni, kalau korang nak tahu lagi boleh join kelas tu… yuran sangat lah berbaloi…

tak caya boleh komen “NAK” nanti abam bagi link wasapnya ya…

Jangan lupa… #share la posting ni kalau membantu korang… abam dah tolong korang, korang pulak la tolong abam, baru la “kita Kawan” kan…

ok abam cau sin ci dulu ya…

Zul Hanif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat