FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

ABUNDANCE

ABUNDANCE

A BUN DANCE – SEBUAH ROTI MENARI ?

Sebenarnya dari dulu dah terfikir apa kefahaman yang betul pasal abundance nih, sebab trending sangat dikalangan rakyat facebook pasal live in abundance life. Hahhaha, tak faham aku dibuatnya.

Tapi semalam bila Allah suruh pergi COD dekat desa coalfield, Allah detikkan aku buka live mentor iReach , depa cerita pasal abundance nih. Sebenarnya macam mana nak hidup dalam abundance nih. Lagi power pulak, terdetik pula nak ke puncak alam nak melawat abam Munzir Rahim. Hahhaha ada kaitan ke nih ?

Balik dari puncak alam, barulah aku faham. Yang aku faham nih apa yang aku rasalah. Macam mentor cakap semalam orang yang abundance nih, sentiasa memberi. Haah, betul maksud abundance ni pun sesuatu yang mencurah curah, tak putus putus.

Dalam menempuh laluan berliku jerebu berIPU tinggi nih, duk terfikir ayat carl dalam drama sweet dreams, “Jangan hilang keyakinan pada TUHAN ”

Bedebam kena kepala abam joe. Sebab bodoh bodoh pun kita dok baca Allah maha pemurah lagi maha mengasihani sebanyak 34 kali dalam sehari. Kalau hangpa solat 5 waktulah. Nak diceritakan, sebenarnya hidup kita ini sentiasa dalam pemberian, mencurah curah Allah bagi dekat kita, bukan je rezeki berbentuk duit, tapi lebih dari itu.

Hidup nak rasa rezeki mencurah curah kena sentiasa memberi, sedekahkan dapat pahala. Hahha, itu yang Allah janji dalam quran, kat dunia pun kita pun selalu rasa lapang bila memberi. Sebab kita yakin rezeki Allah tak putus putus bila kita sentiasa memberi.

Semalam jugaklah terdetik nak jumpa insan yang sentiasa memberi. Abam munz ni memang sibuk, stress, banyak video nak siapkan, job sana sini, tapi itulah ABUNDANCE yang abam munz nih dapat. Allah sibukkan beliau dengan projek video grafik yang sentiasa memberi inspirasi kepada orang lain. Dari video shaklee effect sampai macam macam video. Jadi seronoknya abam munz nih hidup dia disibukkan dengan memberi memberi dan memberi. Dari situ beliau sentiasa dapat rezeki mencurah curah nih.

Semalam abam joe pun rasa nak memberi, apa yang mampu bagi semangat dekat beliau, jom start DIET, itu je yang mampu, bagi sokongan sebab semua orang berhak kurus dan sihat. Buat je apa yang mampu,

Dunia memang pelik, yang kaya makin kaya, yang miskin terus miskin, tapi yang sentiasa memberi Allah balas dengan rezeki, rezeki dan rezeki. Samada kita lihat pemberian tuh satu yang baik atau kita menolaknya. Itu semua pilihan kita.

Hidup adalah untuk memberi, bak kata pepatah melayu, “Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima “

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat