Adab Tegur Menegur

Adab Tegur Menegur

*بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

*TEGUR MENEGUR*

Tanpa sedar , ramai yang suka menegur , tetapi tidak suka untuk ditegur . Teguran boleh berlaku di mana sahaja, daripada sesiapa dan untuk sesiapa sahaja, namun hanya yang berjiwa besar sahaja yang akan mampu menerima teguran dengan baik.

Selebihnya, ramai yang berkecil hati, terasa hati dan merajuk hati kerana sesuatu teguran. Lantas tidak kurang pula ada yang melenting dan membalas teguran dengan sikap yang agresif & bahasa yang kasar. Sikap & kelakuan ini akan menyebabkan terbinanya *Gap* pemisah antara kita dengan kebaikan yang mampu kita lakukan hasil daripada menerima teguran dengan hati yang terbuka.

Lantas, mari kita menegur dengan ikhlas kerana Allah, cuba memelihara adab sopan ketika menegur, mudah-mudahan kita yang menegur dan orang yang kita tegur akan mendapat manfaat daripada teguran kita. Wallahu’alam

Cdeen
Gobok Runcit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat