Adakah Modread Lebih Bagus Dari Kristal ?

Salam sejahtera semua. Lama dah tak update blog faizsaaid ni, adui, dua tiga hari ni penat dengan aktiviti aktivit, apapun penat tu akan membuahkan hasil, jika kita bersabar. Album ni sebenarnya dah lama keluar. Akhirnya pada 21 december tahun lepas, aku berjaya jugak dapatkan album ni, masa tu aku keluar dating dengan wife aku dekat plaza angsana JB. Tak sangka pulak dah ada C&M music center kat angsana. Angsana pun dah lain bro, tak macam zaman kitorang dating dulu. Semuanya dah cantik. Time wife tengah cari baju untuk kenduri adik , aku pulak sempat singgah C&M ni, lepas tu aku terus sambar album PENGEMBARAAN NEERUZA . Jalan jammed nak patah balik ke skudai tempat homestay kami, sempat jugak melayan lagu- lagu yang ada dalam album ni.
pengembaraan neeruza

1) LEBIH KERAS DARI ALBUM SEBELUMNYA

Apa yang nak aku katakan, kalini album modread lebih keras, tapi tak sekeras metal, thrash metal, rock keras. Ia lebih eksperimental, dan ada juga unsur old school rock n roll yang kuat. Bagi aku yang berjiwa old school thrash, album ni susah nak masuk, susah nak layan, lain lah korang betul betul buka minda muzik korang. Dan last sekali selepas habis dengar satu album, korang  akan faham apa itu muzik modread.

2) LIRIK LEBIH UNIK

Bagi juara hot fm bingit musim pertama  ini, muzik diorang ni, aku lebih kata lebih modern. Isttilah divayana, perangga dan yang lain lain tu, banyak maksudnya, dan aku tak berapa paham walaupun dah mendengar beberapa kali. Apapun, semuanya itu mesej tersirat modread kepada peminat setia mereka. Bak kata fami, album kalini menceritakan perjalanan seni diorang selepas album debut mereka NEERUZA. Salah satu lagu berbahasa jerman, mungkin juga ada pengaruh a tout le monde oleh MEGADETH, dan aku tabik spring untuk lagu ni. 

3) SOLO GITAR SYAFIQ LEBIH MATANG

Syafiq yang semuanya kenal dengan solo malmsteennya. Tapi kalini aku memang respect, solo solo dia lebih mencabar, ada jiwa, dan lebih teknikal, selain dari speeding yang laju . Aku suka solo lagu yang terakhir dalam album ni. 

4) PENGARUH MUSE

Yang ni wife aku dan aku sendiri perasan, korang perasan tak ? Inilah elemen, yang akan membuatkan korang berada di alam modread tu sendiri bila dengar lagu lagu diorang. Lagu lagu macam sinar perangga dan alam divayana lebih fantasi dari lagu lagu yang lain. Apapun jiwa rock n roll korang tentu terbakar dengan lagu PANJI ROCK N ROLL.

5) TIADA SOLO KIBOD

Aku mengharap jugak solo john untuk album ni. Tapi mungkin akan datang ada rasanya. Aku rasa modread lepas ni perlu banyakkan warna muzik dalam album lepas ni. Tentu akan menjadi lebih menarik

MODREAD LEBIH MAJU

Hmmm, 5 point sahaja yang aku dapat bagi, semoga MODREAD terus maju. Mungkin lepas ni aku tengah tunggu album WINGS yang terbaru. Nantikan ulasan aku. Jom layan lagu modread kat bawah ni. MODREAD ft BLACK, Kopi dangdut satu. Hmmm, adakah soalan di atas tu betul ? tak pastilah, semuanya ada kelebihan masing-masing.

34 comments on “Adakah Modread Lebih Bagus Dari Kristal ?Add yours →

  1. Tak pernah kenal yg namanya modread lepas da projek tomok my idola gabung barulah aku mula mengenal modreadband hehe dan cuba download be2rapa lgu2nya best jga trnyata 🙂 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge