AGM Rasmi Alumni SMKS9

Hoo buat korang yang baca entry aku sebelum ni, masa aku tulis entry tu ialah masa aku tgh meeting, lepas tu sambung balik hahahha. Oklah. Kali ni aku naknpromote sikit tentang meeting kali ni. Sebenarnya ini pertama kali aku join meeting mcm ni, kiranya alumni pertama yang aku join, alumni sekolah aku yang memang glamer habis. Hoo oklah ni ada laporan sikit dari aku.
alumni sekolah shah alam
1. Kiranya Alumni dah ditubuhkan pada 2001 lagi, sebelum kami keluar sekolah sebagai batch pertama sekolah menengah kebangsaan seksyen 9 shah alam. Tengku Edzuan sebagai chairperson pertama sampai lah meeting semalam, Izhar Moslim, orang kuat Dato Idris Jala dilantik sebagai Chair Person baru untuk Alumni SMKS9. Afiq Hassan vice, dan Hilman sebagai tukang kira kira. So aku secara automatik dilantik sebagai ahli biasa yang membuat cerita sekolah secara tak rasmi hehhe.
2. Aku rasa dua kali je aku join aktiviti alumni, masa tu dinner Alumni pertama di sekolah je pada tahun 2002, dan seterusnya 2012 tahun lepas DNinnerz , masa tu aku ingat kerja aku mesti perform hahaha.
3. Alumni kali ini secara rasminya berdaftar dengan ROS, hehe nampaknya boleh kutip duit secara rasmi, siapa nak dermakan duit yang lebih tu pun boleh jugak.
4. Tahun depan 2014, Alumni akan bergerak aktif nak bantu sekolah atau rakan alumni lain serta membantu masyarakat diluar sana.
5. Bila sebut bab yuran ni memang banyak bebenor padangannye. Tapi buat masa sekarang belum diputuskan lagi, tapi yang penting aku tengok aktiviti alumni kena power dan ada value disitu.
6. Bak kata Izhar, alumni nilah nak kuatkan network sesama rakan alumni lain, semua orang boleh share business masing masing. Bak kata Robert Kiyosaki, orang biasa looking for WORK, orang kaya looking for NETWORKS.
7. Dalam banyak banyak ucapan, pengetua sekolah Cikgu Hakim orang yang paling happy bercampur sebak, sebab teringatkan kenangan terindah ketika kami mula masuk sekolah pada tahun 1997. Hoo banyak benor kisahnya, akhirnya cikgu Hakim dengn rasmi melantik diri sendiri sebagai penasihat Alumni SMKS9.
Itu jelah kot yang dapat dikupaa untuk kali ni, hopefully tgh full time buat business ni, dapatlah join aktiviti Alumni hehehe.

0 comments on “AGM Rasmi Alumni SMKS9Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge