FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Air Korea Tak Halal ?

Air Korea Tak Halal ?

Air Tak Halal dari Korea.

Tadi di 7Eleven, terserempak dengan kejadian ni di depan mata. Kat dalam kedai tu ada seorang budak perempuan, dalam usia 10 atau 11 tahun kot. Tapi masih sekolah rendah la. Dia nak beli air. Mungkin mak atau ayah dia suruh beli.

Sesambil aku nak keluarkan duit dekat mesin atm, terdengar budak cashier tu cakap pada budak perempuan tu, “Air ni tak halal dik”. Mujur budak tu ikut cakap dan faham apa maksud Tak Halal tu dan dia pergi hantar balik.

Bila aku pergi tengok air tu, tak heran la kenapa budak perempuan tu nak beli sebab botolnya cantik. Kalau Kak Long nampak pun mesti dia akan kata, “Eee… Comelnya. Kak Long nak air tu la”.

Air tu ada dua perisa, satu Apple dan satu lagi Peach. Bila dibelek pada botol tu, memang takde tulisan atau logo halal. Nak baca ramuan pun, semuanya tulis dalam bahasa Korea. Memang tak tau la apa kandungannya.

Bila ditanya pada budak cashier kat 7E tu, dia kata vendor sendiri sebut air tu tak halal. “Tapi anak Cina suka beli,” kata budak cashier 7E tu. Habis kenapa tak letak dekat tempat air beralkohol tu? “Sebab dia takde alkohol abang. Vendor yang masuk dan susun kat situ”.

Nasib baik la budak cashier tu pun Pro Aktif dan sebut pada budak perempuan tu pasal air tu tak halal. Kalau dia tak sebut? Pesan aku pada dia, letak air tu kat rak yang lebih tinggi supaya budak tak senang nampak. Kalau diorang nampak, memang diorang nak beli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat