Ajak Kawan Kepada Kebaikan

Ajak Kawan Kepada Kebaikan

Jika kita sudah boleh menjaga solat dengan baik, jangan pula tuduh orang lain tidak solat.

Jika kita sudah dapat istiqomah ke masjid, jangan pula menyindir orang yang belum menjejak kaki ke masjid.

Jika kita sudah pun mampu berzakat dan bersedekah selalu, jangan asyik berwasangka orang lain tidak berzakat dan jarang bersedekah.

Jika hari ini kita telah berubah, jangan mengecam dan mengutuk mereka yang belum bertemu jalan pulang.

Kadang-kadang, sangkaan kita jauh terpesong dari realitinya. Apa yang kita nilai dari luaran, apa yang kita nampak itu bukanlah gambaran sebenarnya.

Ingatlah, apa-apa kebaikan dan juga amalan yang kita kuasai dan mampu istiqomah hari ini, ia bermakna kita berjaya ubah hidup kita untuk hari ini.

Hari esok belum tentu. Sekali ALLAH balikkan hati, terus jadi hina dina diri kita semula.

Mengajak kawan-kawan lain ke arah kebaikan dengan berhemah. Sebab tu rukun utama dalam dakwah ialah hikmah.

Tanpa hikmah, takkan tercapai matlamat dakwah.

Walau apa yang kita sampaikan itu benar, namun tanpa hikmah orang akan makin menjauh, bahkan orang akan membenci.

Tenang-tenang saja sebarkan kebaikan. Dengan penuh adab dan sopan.

Agar yang ditegur tidak terasa hati, agar mereka tidak menjauhi, agar penegur tidak dibenci.

Begitulah.

Berhentilah mengambil alih tugas Tuhan.

– The Tazkirah Iman –

Assalamualaikum n selamat pagi sahabat hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat