Akibat Susah Dapat Kerja Masa Pandemik, Rakan Datang Bagi Saguhati

Akibat Susah Dapat Kerja Masa Pandemik, Rakan Datang Bagi Saguhati

Al kisah, selepas saya up status berkenaan kesusahan mencari kerja akibat penangan covid, saya telah menerima perhatian dan doa yang tidak henti dari rakan dan kenalan yang mengenali saya.

Seperti gambar yang saya upload dibawah, kedua rakan saya ini bukanlah jatuh dalam kategori jutawan, malah mereka juga terkesan dengan masalah kewangan. Tapi, walaupun begitu, mereka dengan mudahnya memberi dan menawarkan diri untuk membantu sekiranya saya memerlukan.

Hal ini kadang buat kita berfikir. Walaupun ada yang susah, dia mampu memberi dengan hati yang gembira. Walaupun ada yang senang, dia sukar memberi kerana risau tidak cukup wang di tangannya. Dan ada juga yang berkemampuan, dia tidak pernah berhenti memberi kerana dia tahu harta tidak dibawa mati.

Jangan bila memberi, hati rasa sedih. Jika tidak mahu memberi, jangan memberi. Jika tidak mampu memberi, jangan diberi. Jika mampu memberi, memberilah dengan hati yang tenang.

ALLH SWT, beri kamu rm10, mungkin mahu kamu beri rm1 pada yang memerlukan. Ingat, kemampuan yang diberi, bukan milik kita. Kemampuan yang diberi pada kita, semuanya hanya pinjaman dari Allah SWT. Jika kita ada ilmu, ajar. Jika kita ada tenaga, bantu. Jika kita ada masa, luangkan. Jika kita ada wang, sedekahlah.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman, tiada maksud atau tuju pada yang saya kenal. Kalau terasa itu masalah sendiri. 😂

Maaf membebel panjang. Nak lukis tak pandai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat