ALLAH MAHA PEMURAH – Dia Sayang Kita, Dia Mahu Kita Ingat Dia

0
ALLAH MAHA PEMURAH – Dia Sayang Kita, Dia Mahu Kita Ingat Dia

ALLAH MAHA PEMURAH, DIA SAYANG KITA

Allah maha pemurah,terjentik sejenak di telinga hati, alamak aku akan kehilangan kerja, oh apa nak jadi nih, penat penat aku undi pakatan, eh barisan, eh pas, aku ingat kerja makin banyak, eh aku ingat tol makin baik eh aku ingat Malaysia makin aman, tak guna punya itu Lim, tak guna punya orang tua. Senang senang kau buang kerja , senang senang kau batalkan akad nikah kontrak billion billion. Itu mungkin contoh luahan seseorang yang akan kehilangan kerja. Tapi kau ingat labu, kau mungkin mendabik dada kau kerja tetap, kau mendabik dada kerja kau ada masa depan. Kau mungkin mendabik dada business kau paling kukuh, kau mendabik dada kau boleh buat loan confirm kerja kau takkan hilang, kau boleh hutang orang sana sini sebab kau yakin cash flow kau akan sentiasa kukuh dan positif.

TAPI KAU LUPA LABU, ALLAH YANG BAGI REZEKI…

kau tak nampak ke labu, satu kota palu di sulawesi, habis musnah diranap tsunami, kau tak nampak ke acheh habis di makan tsunami. Kau tak nampak ke kota besar dihancurkan Allah sekelip mata, kota sodom itu terbalik, Firaun yang mengaku tuhan itu ditenggelamkan laut terbelah. Jadi setakat nak tarik balik kerja kau yang kau jamin tetap tuh, kerja mudah bagi Allah. Business kau dulu besar besar, kau yakin labu business kau tuh bagus, Allah kasi dugaan sikit, terus kau terduduk, terus kau menangis di bucu meja. Kau sedar tak labu, semua benda nih ?

TAPI HARI HARI KAU BACA, DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI…

Hoi labu, kau tak faham ke ? maksud semua nih ? Ye labu, Allah ya rahman ya rahim, dia sayang kau, dia saje nak tarik sikit rahmat tuh, sebab, dia nak kau ingat dia, setiap masa dan ketika, kekadang kau terlupa, sebab tuh nama kau labu orang panggil MANUSIA, yang perlu diingatkan berkali kali, berpesan pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Kau tak yakin ke labu ? Kau ingat tak Allah boleh bagi rezeki tuh sekelip mata sahaja. Allah dah bagi banyak gile rezeki kat kau, kau kira tak semua itu ? tak terkira kan ? Allah itu maha perancang, ada yang lebih baik di masa depan. Cuma dia nak kau ingat dia, Dia sayang , cinta kepada kau labu. Dia nak kau ingat labu satu perkara, iaitu

REZEKI ALLAH YANG BAGI, BUKAN PAKATAN, BUKAN BARISAN, DAN BUKAN PAS !!!

LEAVE A REPLY

CommentLuv badge