Amalan Rohani Untuk Bisnes MLM

Amalan Rohani Untuk Bisnes MLM

Assalamualaikum semua.. nota lama superupline mami up berkaitan AMALAN ROHANI

Ramai yang tahu amalan menjemput rezeki namun segelintir sahaja yang mengamalkannya.

Pentingkah amalan ini?
Manis nikmat amalan ini adalah kita akan merasa barakah rezeki yang kita terima.

✅ Semangat yang konsisten kerana Allah sentiasa bimbing
✅ Jiwa yang tenang terutama dalam menunaikan ibadah
✅ Rumahtangga yang penuh kasih sayang
✅ Anak-anak menjadikan kita contoh dan insyaaallah terhasilnya anak yang soleh/ solehah
✅ Rezeki sentiasa cukup dan terasa lapang
✅ Setiap ujian diberi dapat dilalui dengan tenang kerana bekal iman.

🆙 upgrade diri dengan amalan dan dijadikan rutin :

💡 Istighfar sekurang-kurangnya 100x sehari
💡 Berselawat ke atas nabi sekurang-kurangnya 500x sehari ( bersamaan 100x setiap lepas solat)
💡 Mengaji surah-surah lazim dan jadikan amalan harian
🌐 Surah Yassin,
🌐 Ar Rahman
🌐 Al Waqiah
🌐 As sajadah
🌐 Al Mulk
🌐 Al Kahfi ( sekurang-kurangnya 10 ayat awal surah Al Kahfi)

💡Bibir sentiasa dibasahi zikir nama-nama Allah ( Asmaul Husna) dan dilazimi Ya Wahhab setiap hari sekurang-kurangnya 1000x sehari. ( bersamaan 200x selepas solat)
💡Amal makruf nahi mungkar
💡 Sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan.

Semoga kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

Beroleh pengakhiran yang baik.
Dimatikan dalam husnul khotimah. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat