Amsyiq GOLD Dulu dan Sekarang

Dah lama tak cerita pasal pasal Amsyiq Gold nih, sebenarnya ada dua tiga cerita dulu yang aku pernah tulis pasal amsyiq gold. Memang aku tak pasti bagaimana Amsyiq Gold nak bertahan dengan keadaan pelaburan emas yang tak menentu, dengan beberapa serbuan terhadap pelaburan emas yang popular pada tahun 2012. Harga pula makin menurun, jadi relevankan Amsyiq Gold sekarang nih ? Jom tengok review aku dulu


Kisah Membeli Emas di Amsyiq Gold

Sebenarnya ini cerita tahun lepas, masa ini rasanya aku buat keputusan untuk simpan semua kekayaan aku dalam bentuk emas. Setakat nih, amsyiq adalah tempat paling mudah nak beli emas, sebab dekat dengan rumah aku, kedudukan Amsyiq Gold dengan Fareeda seksyen 7, memang senanglah nak beli emas, biasanya dapat bonus shaklee je, terus aku beli emas, biasanya 1 Dinar 999, untuk simpanan. Oklah, harganya masa ini dah jatuh, dan masa itu juga aku dengar ustaz bercerita tentang spekulasi dan tindakan spy Amerika yang mengacau ekonomi emas di Malaysia. Kisah itu boleh di baca di sini.

Tapi Sekarang Ni Memang Susah Nak Jual Balik

Ada satu masa, aku kecewa jugak sebenarnya, bila emas amsyiq aku tak diterima di amsyiq, katanya ada masalah dan sebagainya. Jadi aku tak tahu apa nak buat masa ini. Itulah terpaksalah harapkan ihsan ar-rahnu pos malaysia. Tapi itulah, sepatutnya aku nak jual, sebab nak pakai duit. Hari jumaat tu, aku rasa down sikit, sebab katanya diorang tak boleh nak beli, sebab duit takda dalam tangan, dan masa itu ada masalah teknikal. Katanya, nanti dalam dua minggu macam tu baru boleh beli. Cerita ini aku karang kat sini kalau nak baca.

DUIT TIADA NILAI

Itulah sebabnya, sekarang ni aku dah tak tahu apa nak simpan lagi. Korang pun tahu, sebelum ini, penerangan aku panjang lebar pasal sistem duit sekarang, memang teruk, Memang tak boleh disangkal lagi, harga emas dunia sekarang sedang dimanipulasi oleh kuasa dunia, yang kita tak nampak kewujudannya, dan mereka ini yang kawal dunia ekonomi sekarang. Mereka yang merosakkan dan menghancurkan dunia, hanya dengan menggunakan wang kertas yang boleh dicetak sesuka hati. Jadi memang sekarang kita dalam dilema ekonomi yang teruk. Cepat-cepatlah sedar.

4 comments on “Amsyiq GOLD Dulu dan SekarangAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge