FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Analisis SWOT

Analisis SWOT

S.W.O.T

Harini sis berkelapangan nak duduk sambil fikir tentang analisa S.W.O.T dan hala tuju bisnes sis. Sis ambil kertas dan lukiskan 4 ruangan S.W.O.T dan mengisi ruangan tersebut secara terperinci ikut pemahaman sis.

Mungkin kita ada istilah masing masing tentang analisa S.W.O.T. Sama ada kita pernah dengar dari subjek bisnes ataupun untuk pekerjaan. Dalam analisa ni sebenarnya tiada “right or wrong”. Ianya tertakluk kepada pemahaman masing masing.

Teringat pula semasa ambil peperiksaan sis pun di antara pelajar yang penghafal. Haa memang senang nak hafal jawapan ni tuan tuan dan cik puan. Ambik buku Business ataupun “google” maksud S.W.O.T. Pastikan kita pandang maksud tu lama lama dan lagi dekat lagi masuk . Lepastu bila exam muntah semua maksud tu.. InsyaAllah boleh pass.😅

Maksud S.W.O.T

STRENGTH: Kekuatan (internal)

WEAKNESS: Kelemahan (internal)

OPPORTUNITIES: Peluang (external)

THREAT: Ancaman (external)

Alright… semua dah pandai jawab soalan tadi.
Tapi bila sis duduk fikir pasal maksud tadi dan mula nak buat analisa tentang S.W.O.T dari pandangan bisnes tak semudah dan “straight forward” seperti menjawab soalan tadi.

Sebagai contoh ya sesuatu OPPORTUNITY taksemudah untuk dicapai sekiranya tidak membaiki WEAKNESSES yang sedia ada. Memanglah orang kata jangan lepaskan “Golden Opportunity” tapi kalau boleh try solve masalah internal WEAKNESS tadi dahulu baru lah kita boleh berjaya. InsyaAllah.

“Bagaimana pula dengan ancaman yang diluar control kita (external)? ” sis terfikir. Haa..siapa tahu boleh tolong jawabkan. Sis cuba tengok dari sudut lain. Sebenarnya mungkin kita boleh olah soalan kepada apa yang kita boleh buat untuk kesinambungan bisnes “business survival”?

POSITIVE thinking.

Fokus dan dengan menggunakan strategi terbaik untuk bisnes. Belajar dari mentor. BERDOA. InsyaAllah.

Jadi daripada analisa S.W.O.T tadi sis cuba nak relate balik WEAKNESSES ni supaya kita perbetulkan justeru menjadi STRENGTH kita. Bila dah jadi STRENGTH ..Kita boleh fokus dan ALL OUT dengan OPPORTUNITIES yang sedia ada.

Sis doakan semua yang membaca post ni berjaya dan sukses dalam bisnes yang diceburi 😊 Amin . Semoga share kali ini bermanfaat.

kredit : Izzati Syahirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat