FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Apa Itu PHD ?

Apa Itu PHD ?

Doctor of Philosophy -PhD, May 19, 2010 at 4:13pm

Apa kebenda ni ? Anda buat phd dekat engineering faculty, so maknanya anda akan jadi philosopher engineer ? hooo. Dah ada phd, bolehlah kengkawan panggil anda Dr. , tapi orang ingat anda macam dr. kat klinik or kat hospital. Hmmm, saya sebenarnya nak kongsi sahaja apa yang saya faham pasal phd ni.

Ok, mari mulakan cerita. Saya ada berjumpa dengan supervisor (sv) saya dulu kat UTM. Dia kata kalau nak buat phd, anda kena fokus pada satu benda sahaja, kalau anda buat byk benda, anda akan tak fokus. Pastu anda akan dipersoalkan, kenapa benda1 dan benda2 lain ? So kalau anda concentrate pada satu benda (subjek) sahaja, tentu senang anda fokus. Faham ?

Ok cth, ada satu student buat phd pasal robot. ok pastu dia buat dua robot dalam phdnya. Ok, kita pasti agak dia memang power, sebab dia boleh buat dua robot. Orang biasa boleh buat satu robot sahaja. Tapi apa masalahnya kalau dia buat 2 robot yang berbeza? Cuba bayangkan, kalau anda disoal tentang robot 1, pastu anda tidak boleh menjawabnya dengan baik, bagaimana pula dengan robot 2. Anda pula akan ditanya lagi, kenapa anda perlu buat 2 robot yang berbeza, apa kaitan antara 2 robot, dan sebagainya. Jadi, kalau student itu tak dapat pertahankan robot 1, mungkin memang susah lagi nak pertahankan robot 2. Kalau buat 1 robot sahaja, tentu ada boleh fokus lebih dalam.

Memang pelik, kenapa buat phd, kita buat benda yang skt sahaja, fokus pada satu aspek sahaja ? Saya berbincang dengan kawan saya Dr Nazmi kat lab saya, benda yang paling dalam phd study ialah philosophy, iaitu philosophy. So apa tu philosophy. Macam ahli pemikir lak, philosophy tu ni, tu ni.

Aku amek dari Dictionary.com, definasi philosophy “the critical study of the basic principles and concepts of a particular branch of knowledge, esp. with a view to improving or reconstituting them: the philosophy of science. ”

Hahaha, benda basic sahaja, konsep sahaja, tapi faham konsep je dah boleh buat phd ?

Hmmm, saya pun memang susah nak terangkan. Ok takpa, mari kita cerita lagi pasal ni. Anda perlu fokus pada yang kecil sahaja dalam phd. Pernah saya dengar ustaz saya masa sekolah menengah cerita pasal seorang student phd buat kajian pasal huruf “wau”(tulisan arab) sahaja. Memang gilelah, huruf wau je, dah boleh dapat phd ? Memang pk bilik memang senang je, tapi kalau kaji kembali, byk pendebatan yang ada pasal huruf ni. Tentu anda pernah dengar pasal kes orang kahwin sampai sepuluh orang, sebab alasannya kerana huruf “wau”. (ni saya dengar dari ustad saya)

Ok apa lagi yang boleh jadi phd ? Mama saya, dapat phd kerana dia cuma fokus pada unsur Alam. Dengan kata kunci “Alam”, Mama berjaya menganalisis penggunaannya dalam karya sastera .

Berdasarkan pengalaman saya di atas, anda nampak apa itu phd ? Saya maybe nampak anda perlu fokus, dan mengetahui betul betul mendalam tentang satu perkara. Untuk itu, anda perlu mencari satu kata kunci untuk study anda. Dari satu, anda dapat menganalisis sesuatu masalah dan menyelesaikannnya. Mungkin anda akan improve apa yang dah ada, takpun ada datang dengan cara baru, or kaedah terbaru, berdasarkan kata kunci kajian anda dalam phd.

hahaha, memang tergelak sendiri, sebab saya main tulis sahaja. Sila-silalah komen, kalau anda rasa ada yang tak betul

Leave a Reply

Open chat