Atomy Bawa Agenda Kristian ?

Atomy Bawa Agenda Kristian ?

Atomy tak BMF? Atomy bawa agenda Kristian?
i)

Ada yang argue kepada saya bahawa menyertai Atomy bertentangan dengan prinsip BMF.

Saya senyum sahaja dan tidak defensif dalam hal ini. Awal-awal saya sudah maklumkan bahawa ia memang bukan BMF pada tahap pertama.
Ingat lagi tak peringkat-peringkat BMF?
Kita ulang kaji sikit.
1. Beli produk orang Islam yg dijual oleh orang Islam
2. Beli produk orang bukan Islam dari orang Islam.
3. Beli produk orang Islam yang dijual oleh orang bukan Islam.

Jika menyertai Atomy melalui rangkaian saya melalui group DTA 313 ini, ia memang bukan BMF pada tahap pertama. Saya tidak menafikannya.
Ia mungkin jatuh pada tahap ke – 2. Group ini dipelopori oleh orang Melayu Muslim yang selama ini didominasi oleh orang bukan Islam.
Maknanya ia masih dalam kerangka BMF. Boleh cari dan Google poster-poster BMF, akan jumpa kerangka tersebut.

Di saat bisnes Atomy ini berkembang pesat ke nombor 11 peringkat dunia dalam data Direct Selling News dan baru memasuki pasaran Malaysia tahun ke-3, ini adalah peluang utk orang Islam rebut dan jadikan peluang tingkatkan ekonomi.

Apabila berjaya kelak, akan ada keuntungan yang disalurkan kepada ummah melalui institusi zakat oleh usahawan Atomy dari kalangan orang Islam.
ii)

Ada juga yang argue bahawa Atomy di Korea menyokong Kristian dan CEO Atomy menubuhkan yayasan yang disalurkan kepada penyebaran Kristian.
Ia juga benar dan saya tidak nafikan perkara itu.

Namun setahu saya, dengan ilmu yang cetek ini, ia tidaklah menjadikan urusniaga dan bisnes kita bersama Atomy ini menjadi haram.
Sebenarnya mana-mana kompeni antarabangsa pun, yang dimiliki oleh orang bukan Muslim, banyak yang ada hubungan dengan agama mereka.
Contoh mudah Mark Zuckerberg yang menjadi pemilik Facebook dan WhatsApp pun menyumbangkan kepads Israel, secara terbuka.
Begitu juga syarikat-syarikat antarabangsa lain yang tak perlu saya perincikan.

Jika kita boleh menggunakan hujah “Kita menggunakan Facebook dan WhatsApp untuk dakwah Islam, walaupun pemiliknya memberi sumbangan kepada Israel”, kenapa tidak kita gunakan hujah sama untuk Atomy.

“Kita gunakan Atomy untuk mengukuhkan ekonomi orang Islam, walaupun pemiliknya memberi sumbangan kepada Kristian”
Apapun, saya juga tidak terlalu defensif untuk perkara ini. Andaikata ada yang tidak mahu menyertai Atomy disebabkan perkara ini, saya terima dengan hati terbuka.
Sejak dari awal kempen BMF sejak awal tahun lalu, banyak kali saya tegaskan bahawa BMF bukan bermaksud boikot biarpun ada pihak yang cuba membawa ke arah itu.
BMF juga bukan menyemai kebencian.

Jemput baca tulisan-tulisan lama saya di FB berkenaan isu BMF atau di blog afyan.com.
Dan apa yang saya lakukan bersama Atomy tidak bertentangan pun dengan prinsip BMF yang saya tulis suatu ketika dahulu.
Andainya ada kesilapan pada tulisan ini, saya terbuka kepada sebatang teguran dan kritikan.
Boleh hubungi saya melalui media sosial.
Wassalam.

Afyan Mat Rawi
28 Julai 2020 (kemaskini 8 November 2020)
Gombak
Jom join ahli…free sahaja klik

http://www.wasap.my/601110381632/synakjoinahli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat