Atomy Company Christian Belief ?

Atomy Company Christian Belief ?

Alhamdulillah. Malam ini sempat berdiskusi secara matang dengan orang yang bertanggungjawab membawa gelombang Atomy kepada orang Melayu di Malaysia, Dr Tengku Asmadi.

Beliau tetap dan yakin dengan keputusan beliau, saya tetap dan yakin dengan pendirian saya.

Pendirian saya jelas. Pada saya ianya syubhah yang nyata. Dan wajib atas diri saya dan kita semua untuk mengelakkan benda syubhah.

Hujah saya jelas dan simple sahaja.

1. Misi dan visi syarikat Atomy itu secara jelas dan rasminya menyatakan mereka adalah company based on Christian belief.

2. Syarikat Atomy juga jelas tanpa selindung menyatakan mereka menyalurkan dana khas untuk mubaligh Kristian dalam usaha mengkristiankan orang ramai di seluruh dunia.

3. Dua point di atas membezakan syarikat Atomy dengan McDonald’s, Facebook, TESCO dan sebagainya.

4. Hujah dari pakar muamalat Dr Zaharuddin pada point (d) gambar kedua itu memberi keyakinan pada diri saya bahawa ianya syubhah yang nyata dan menjelaskan perbezaan Atomy dengan Facebook, Samsung dan lain-lain produk.

5. Hujah dari Dr Zaharuddin pada gambar ketiga (yang digariskan) itu juga memberi keyakinan pada saya kenapa saya perlu menolak Atomy.

6. Saya menolak hujah dari ahli Atomy yang mengatakan Atomy Malaysia dan Atomy Korea yang aktif menyokong program mubaligh Kristian adalah dua entiti berbeza. Mana mungkin jika produk Atomy di Malaysia mencatat jualan yang tinggi Atomy di HQ tak dapat hasil?

7. Mustahil jika Atomy Malaysia untung, ianya tidak memberi impak pada Atomy di Korea kerana kita tahu dan maklum produk Atomy yang dijual di Malaysia adalah produk yang dibekalkan oleh Atomy di Korea. Produk di Malaysia ambil stok dari Korea, bermakna secara langsung juga duit itu masuk ke HQ Atomy di Korea.

8. Hujah dan bukti tuntas yang didedahkan oleh Multiracial Reverted Muslim (MRM) jelas menunjukkan ada salah fakta diberi oleh ejen Atomy di Malaysia tentang sumbangan di Sudan kononnya untuk rakyat Sudan yang majoriti Islam, rupanya Sudan Selatan yang mana majoriti rakyatnya beragama Kristian dan hanya lebih kurang 6% beragama Islam.

Pendedahan dan pembongkaran dari MRM boleh ditonton dan difahami dilink ini :

https://www.facebook.com/1825017094438836/posts/2807228046217731/

Lagi hujah dari MRM boleh dibaca di link ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2808824729391396&id=1825017094438836

9. Hujah dan bukti tuntas yang didedahkan oleh Multiracial Reverted Muslim (MRM) menunjukkan Atomy turut serta memberi sumbangan kepada pertubuhan Kristian di Malaysia. Berikut saya lampirkan semula komen dari admin MRM (saya copy paste) :

Boleh minta atomy Malaysia yang keluarkan polisi tu untuk jawab perkara ni? Mengapa mereka menggunakan nama Atomy untuk memberi sumbangan kepada badan Kristian di Malaysia?

https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=497716800582158&id=146099679077207

https://m.youtube.com/watch?fbclid=IwAR1XXyC5ePjfBFmbq_QL6q7m79K2OjO6-mIwmfdfvzylA-T1JdyQ72m8Upc&feature=youtu.be&v=n-5wWGqPvkg

https://ch.atomy.com/my/613?categoryId=21

https://ch.atomy.com/my/945

10. Akhir kata, saya tetap dengan pendirian saya berdasarkan bukti-bukti dan hujah yang diberi oleh Ustaz Lariba, Ustaz Zaharuddin dan MRM bahawa Atomy ini adalah syubhah.

Hujah dari Ustaz Lariba boleh dibaca di link ini :

https://www.facebook.com/668124716564583/posts/3933512666692422/

Maka menjadi kewajipan ke atas diri saya untuk menyeru diri saya, keluarga saya, adik-beradik saya, saudara mara saya dan kawan-kawan saya semua untuk menjauhi benda syubhah ini.

Pada saya, point yang mengatakan mereka dalam usaha untuk wujudkan panel syariah tidak boleh dijadikan hujah untuk terus menerus berbuat bisnes kerana ia umpama orang dah bertunang tetap tidak halal untuk bersentuhan apa lagi berjimak. Selagi tidak halal dan tiada akad nikah, haram bagi tunang untuk menyentuh tubuh badan tunangnya walau dah otw nak nikah.

Namun begitu saya berlapang dada jika ada yang nak terus berpegang pada hukum harus berbisnes dengan Atomy.

Saya berdiskusi dengan DTA di post Afyan di link ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223680954522605&id=1554505576

Yang yakin ianya langsung tiada unsur syubhah teruskan berbisnes macam biasa. Saya tak nak berhujah dan bergaduh pula.

Saya hanya nak nyatakan stand saya dan mengajak ahli keluarga, saudara mara, dan kawan-kawan saya untuk menilai sendiri berdasarkan pemikiran kalian tentang hal ini berdasarkan bukti yang didedahkan oleh Ustaz Lariba dan MRM itu sendiri.

Semua penulisan dan hujah di atas adalah pendapat dan pandangan peribadi saya. Bebas untuk bersetuju atau tidak.

Sekian, terima kasih.

#MFS
– Tetap dengan pendirian –

kredit : Mohd Fadli Salleh
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat