Atomy Haram ?

Atomy Haram ?

Isu Atomy Ulasan Peribadi Sahaja
Saya tahu atomy dah lama, cuma ia tak dipopularkan oleh influencer pada masa tu.

1. Atomy adalah perniagaan MLM, sah di sisi undang-undang, sama seperti MLM-MLM lain juga. Ramai kawan-kawan saya sertai MLM ada MLM yang tidak kelihatan bercanggah dengan hukum Syariah secara jelas. Mereka promosi produk lebih berbanding mengajak menjadi ahli. Untuk Atomy ini, lebih kurang sama dengan MLM produk yang lain, cuma kadang-kala cara marketing ahli (mungkin kerana desperate nak cari downline) menyebabkan ia kelihatan fokus menjadi ahli berbanding fokus kelebihan produk.

2. Jika MLM nak ‘claim’ kami patuh Syariah, elok lantik sahaja penasihat Syariah, berasaskan Garis Panduan MLM JAKIM. Jika tak lantik penasihat Syariah bukan bererti bisnes itu haram. Berapa banyak bisnes MLM yang ada di pasaran tak ada penasihat Syariah, cuma mereka pun tak fokus dan tak keterlaluan dalam claim patuh Syarak.

3. Mana-mana MLM akan terdedah kepada aktiviti front loading, mendesak orang bawah membuat pembelian dengan pelbagai alasan. MLM tetap MLM. Kejar mengejar poin itu biasa dengan pelbagai cara akan dibuat. Berpada-pada jangan melampau.

4. Isu kristian pada saya terpulang kepada penilaian dan pilihan masing-masing. Yang pasti, saham Atomy Malaysia dimiliki 100% oleh Atomy Korea dan bukan rakyat Malaysia. Atomy korea mengaku mereka syarikat kristian dan memang membantu kristian melalui Dream Foundation. Maka, kepada ahli tegar, buatlah justifikasi sendiri mengapa tetap memilih atomy, contohnya; mungkin kerana produk atomy terlalu hebat sehingga terpaksa pilih atomy; atau guna alasan facebook pun yahudi.. kalau haram atomy guna fb pun haram; atau hukum asal tidak salah berjual beli dengan orang krisitan, dan itu semua terpulang kepada peribadi. Pada masa yang sama tidak perlu menuduh mereka yang membawa isu kristian ini menfitnah dan seumpamanya, mereka cuma ada pilihan dan alasan mereka sendiri. Jika ada ustaz tak galakkan join atomy sebab isu kristian, hormatlah pendapat itu, dan jangan pula tuduh cuba menutup periuk nasi dan seumpamanya. Apapun, imej kristian memang tak boleh dibuang daripada Atomy sebab itu yang mereka jelaskan dalam website global.

5. Sebenarnya, sama seperti perniagaan lain, apabila dipalitkan dengan pelbgai isu. Ahli-ahli tidak perlu menjawab bagi pihak atomy. Tidak kiralah level ahli tinggi mana pun selagi mereka cuma pengedar dan bukan pihak pengurusan, tak perlu bertungkus lumus menjawab. Biar syarikat menjawab. Contohnya jika Starbuck dipalitkan dengan isu Yahudi, barista tak perlu pertahankan Starbuck di FB, biar management yang buat kenyataan sahaja.

6. Produk atomy, selepas buat sedikit semakan, pada saya tetap produk yang berkualiti juga, bukan calang-calang produk. harga pun sudah tentulah bukan harga produk murah. Ibarat kopi premium lah, rasa sedap datang dengan harga. Ada sijil Halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Product yang berasaskan kepada research pun ada. Jadi cara promosi ialah promosi produk 1st, biar orang tahu produk, kopi sedap ke tak sedap.. lepas itu baru orang jadi ahli sebab nak beli produk.. lepas itu baru ajak orang jana income sebab boleh jual produk berkualiti. Saya sendiri, tak pernah cuba satu pun produk Atomy kecuali vitamin C sachet tu. Dan kelihatan kawan-kawan saya kat FB pun ajak join atomy tak iklankan produk. (kawan fb orang lain saya tak tahu). Kalau tak semak, saya tak tahu produk Atomy apa.

Pada saya, untuk kelihatan lunak sikit dengan pasaran, biar orang kenal produk berkualiti dahulu baru jadi ahli, lebih baik daripada ajak orang jadi ahli dahulu (dengan alasan percuma) baru kenalkan produk.

Ulasan ini adalah ulasan terbuka kesimpulan terletak kepada diri sendiri.
Allah sahaja yang Maha Mengetahui

kredit : muamalat.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat