Australia Lebih Mesra Rakyat Berbanding Malaysia

Australia Lebih Mesra Rakyat Berbanding Malaysia

Aku ni duduk di Australia tu tak lah lama mana.
Tapi sejak dari zaman Mahathir, Paul Keating, Bob Howard, Kevin Rudd sampai lah ke zaman Muhyiddin dan Scott Morisson ni , aku lihat gaya pentadbiran, perancangan ekonomi dan pemikiran strategik untuk negara masing masing sangat berbeza .

Sebab tu Australia menjadi negara maju kerana dipimpin oleh politikus yang memajukan negara dan rakyat , bukan memajukan kaum keluarga dan kroni kroni .

Australia lebih kepada people centric, keutamaan diberikan kepada rakyat melebihi kepentingan kepada pemilik bisnes dan industry serta perbankan . Rakyat Australia adalah tuan dan pemilik negara mereka. Pemimpin politik hanya pekerja mereka. Sejak dari dulu gaji rakyat Australia antara yang tertinggi di dunia , sejak 80 an lagi sudah ada gaji minimum kepada pekerja samada rakyat Australia atau pekerja imigran.

Berbanding dengan Malaysia yang ternyata melebihkan pemain pemain industry yang sebahagian nya adalah kroni , berbanding rakyat. . Rakyat hanya berguna dan penting ketika pilihanraya. Ahli politik menganggap mereka adalah tuan besar kepada rakyat .Gaji rakyat Malaysia tidak naik dan tidak setimpal seiring dengan kenaikan kos hartanah , kos Sara hidup dan harga barang.

Contoh terbaik perbezaan tindakan kerajaan Australia dan Malaysia dalam memberi kelonggaran pengeluaran EPF di kedua dua negara.. tanpa dipinta, Australia membenarkan pengeluaran sebanyak AUD20K untuk setiap rakyat , sedangkan Malaysia pula bersungguh menolak untuk membenarkan pengeluaran sebanyak RM10K untuk rakyat yang terjejas akibat covid19..

Sesungguhnya itu adalah economic injection terbaik kepada negara, kerana itu dari duit rakyat sendiri dan bukan duit negara.

kredit : Ally Melben

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat