FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Ayat Promosi Terbaik Mantap Supaya Ramai Orang Suka Beli

Ayat Promosi Terbaik Mantap Supaya Ramai Orang Suka Beli

Dalam banyak-banyak keyword, tah macam mana, asyik ayat promosi minuman je masuk dalam blog nih, padahal aku takdalah power macam Zyan atau Firdaus Azizi yang confirm gila khinzir hebat bab marketing yang dah terkenal seluruh seantero nusantara, tapi bolehlah, aku pun nak jugak rasa jadi power bab marketing, tapi sebab orang tanya ayat promosi minuman, ni aku bagi contoh baik punya korang boleh ikut.

Cara Buat Ayat Jual Minuman

1. Ayat Promosi Minuman Waktu Puasa

Ayat  ni aku dah buat beberapa jam yang lepas, hahaha, ini ayat wife akulah, biasalah tuh,  ayat bertenaga nak buka puasa, eh nak puasa, mestilah kena letak video, korang boleh rujuk post tuh, tekan link tuh, Bagusnya  ayat  nih mudah, sebab cerita je pasal pengalaman aku sendiri

2. Ayat Promosi Minuman Kesihatan

Aku ada buat satu entry khas pasal cara nak jual sirap kesihatan, yang ni, korang kalau jual tuh, korang boleh bacalah, macam mana aku buat  ayat  tuh, sampai jadi popular entry tuh, hahahha, tuh ayat baik punya.

3. Ayat Promosi Minuman Untuk Kurus

hahahha,  jangan tak tahu  pulak, ni pun ada buat dulu, bajet nak jual protein best, oklah, sekali sekala kenalah buat, contoh korang nak buat, Air Nabeez untuk kurus, Air Zam Zam  untuk kurus, ceritalah sikit kebaikan dan konsep macam mana air ni boleh buat korang  boleh kurus. Lagi bagus ada gambar testimonial.

Praktis Praktis Praktis

Kalau korang nak power, korang kenalah belajar macam-macam lagi, tengok otai otai yang berjaya buat ayat power, tak pun korang pergi kelas Aqif Azizan, macam-macam kelaslah ayat power sale meletup, nak power, follow style Mutalib Othman, ayat ayat FB lagi tajam dari mata pedang. Hahahha. Bila aku senaraikan keyword ayat, sekali banyak pulak entry blog aku yang ada perkataan ayat, hahaha.

Cara Jual Buku

Banyak cara untuk jual buku, ada yang pakai fbAds, ada yang fb tak ads, dan ada yang jual guna mulut je, kalau korang perasan, aku dulu pernah tulis pasai ketua saintis dunia, itu lagi jual buku fotostat, rm 5 je, lagi ganas. Hhahaha, takpa, aku pun tak reti nak buat ayat ayat tuh semua. Baik korang refer kawan kawan kat bawah nih yang deme jual buku, bagus punya.

Ramai lagi penggiat buku buku dalam kawan facebook abam joe . Tapi paling power tentu sekali kata kata negara buku tuh, “kami jual buku, bukan jual maruah” . Hahahha, nampak gile powernya. Nampaknya kita kena bersabar. Buku memang senjata yang gile hebat. Ilmu itu pengubah nasib kaum di dunia. Jadi jom ramai ramai baca BUKU !!!

Cara Buat Ayat Berniaga

Sekarang ni, zaman dah berubah, dulu kita tengok bangsa melayu jarang berniaga, sekarang ni bila dah ada macam macam internet, minded dah berubah, semua nak belajar berniaga,nak lelong barang, nak jual itu ini dan sebagainya. Jadi macam macam caralah orang nak berniaga nih, kena belajar nak lelong barang dan sebagainya.

Bahasa Pasar

Kalau nak terer jual barang semua nih, korang boleh lah pergi pasar, yang ni memang standard, beli lelong barang tak ingat punya jerit, beli beli beli, hahahha, sampai satu tahap itu ada yang tak boleh belah, kalau tengok cerita Ali Baba Bujang Lapok, mesti dengar dialog orang jual ganja, GANJA GANJA !!!

Skill Copywriting

Hhahaha antara paling power masa zaman internet ini ialah teknik Copywriting. Teknik nih paling penting kalau nak belajar jual barang kat internet, ada je teknik yang boleh buatkan orang lain nak beli barang kita. Itulah pasal, sekarang banyak otai otai diluar sana, muda muda dah kaya raya hanya dengan mengaplikasikan teknik copywriting. Power power

Teknik Softselling

Teknik ni ialah teknik bagi orang yang guna produk tuh, dah rasa best, dan hanya perlu kongsikan kebaikan dengan menunjukkan bukti, tak perlu nak jerit jerit, belilah ESP, belilah spender, semua. Ini semua teknik softselling, dibawah minda bawah sedar, memang terbaik dari ladang. Biasanya budak budak bisnes saya, memang saya tekankan teknik nih.

Rajin Kerja Buat Ayat Promosi

Apapun, kita kena rajin kerja, rajin cari ilmu dan sebagainya, barulah boleh pandai nak lelong barang semua. Kalau tak, angan angan kosong, tak tercapai, cakap buih air liur basi pun tak guna !!!

Ayat Power Nak Tarik Pelanggan

Dua hari ni tak update sangat blog, lepas tu, pening kepala sangat, dan mulalah sikap malas yang melampau-lampau. Tapi dalam masa yang sama jugak ,pada hari Ahad semalam, sempat juga bertemu dengan Suharmi Talib, ajar dia macam mana nak kembangkan business dia, macam mana nak build business , bukan sekadar nak jadi SID jual barang nak kejar UV.

Adui, lari topik pulak, hahaha, takpa, kali ini, saya nak share sikit pasal ayat nak tarik pelanggan beli barang. Takpa, tak perlu terangkan pun, cuba korang ikut betul betul dan baca dan fahami ayat di bawa, hahaha, dan nilaikan sendiri !!!

Testimoni : Baju basah selepas makan ESP dan Alfalfa Saya baru ambil esp dengan alfalfa ni 2 hari…alhamdulillah susu dah betul2 banyak.semalam kat tempat kerja dah asyik buat kerja lambat La pam,sedar2 baju dah basah habis dah.susu memancut2 macam kita pam pulak.syukur sanagta sebelum ni nak rasa bengkak ada air pun susah,mudah2han dapatlah saya teruskan penyusuan sehingga anak saya 2 tahun

Dulu suami ejek macam nasi lemak 20 sen. Lansung takde selera. Saya takut suami kalau suami saya cari perempuan lain sampai akhirnya saya berazam untuk ‘memantapkan’ payudara saya..Kini suami pulak yang terlebik cemburu apabila lelaki – lelaki di luar sana melirikkan mata pada saya, maklumlah terlebih seksi..

Pecah market Fesbuk, Mat Salleh Bagi BR1M seminggu sekali dalam USD, sangat terbukti.

“JANGAN PANDANG SEBELAH MATA, COBA DULU BARU PERCAYA, DAH RAMAI YG BERKATA DAH RAMAI YANG MERASA, TAK PERLU AYAT POWER, RAMAI DAH TAHU CATUABA MEMANG POWER TAK KIRA TEMPAT TAK KIRA MASA” PIKIR2KANLAH.. MANA LEBIH BERHARGA ANTARA DUIT DAN KESIHATAN DIRI. KALAU BADAN SEHAT DUIT BOLIH DICARI TAPI KALAU SAKIT MERANA DIRI.. SATU KERJA TAK MENJADI, DIRI TIDAK BERHARGA LAGI”

Macam macam lagi sebenarnya ayat ayat power ni, kalau korang study majalah gosip panas, majalah metro, itu semua ayat nak berniaga, tarik pelanggan nak baca. Kurus dalam 6 hari, six pack dalam 2 minggu. Adui, pening betul baca. So tengoklah mana yang ok, mana yang tak

Cara Nak Belajar Skill Copywriting Ayat Promosi

Macam mana ni pening aaa nak tulis ayat power power ni, kalau ikut member dan ramai peniaga sana, menjual ayat power nak marketing amat penting, barulah orang nak beli barang dengan kita. Aku pulak ayat kelakar dan merapu bak kata epul jaguh. So kat sini aku nak cerita jugaklah macam mana nak buat ayat power yang boleh buat orang nak beli barang dengan kita.

1. Belajar dari otai – Paling penting sekali, sebab otai otai ni memang pandai dan berpengalaman nak buat ayat ayat power. So kalau korang tiru je ayat diorang dan ubah sikit, boleh jadi jugak, janji power dan menarik pelanggan nak beli barang dari korang.

2. Rajin Spy – Rajin rajin spy pesaing, tengok ayat dia macam mana, itu pun penting jugak nak tulis ayat power ni, so barulah melekat awek cun nak beli set besarkan payu dara. Contohlah ue

3. Baca majalah terkemuka – Hahahha kalau tengok majalah yang powrr power, lagi majalah kesihatan dan majalah wanita, ayat mest power dan mereka belajar menggunakan ayat tu, sebab mereka dibayar mahal untuk reka ayat sahaja.

4. Gambar – Hahhahah gambar pun penting bro, kalau ayat power, gambar lemah pun tak menarik juga, jadu gunakan gambar yang cantik dan power, ngetop cun macam tuh, barulab mantap !!!!!

Jujur Dalam Ayat Promosi

Apapun bersikap jujur dan jangan overclaimed sangat produk korang tuh, kalau korang jujur dan perwatakan best, tulis dari hati, confirm korang akan dapat customer dengan mudah. Oklah, marilah kita bersalam salaman. Sambil menulis ayat power tuh, jom belajar membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat