Ayat Untuk Promosi Barang Jualan

Ayat Untuk Promosi Barang Jualan

alhamdulillah, semalam Najib dapat team baru, rombakan terbaik dalam tahun ini, 2015, supaya pasukan kabinet lebih jitu dan berkualiti, taknak ada yang main bola jadi hero sorang sorang. oklah, itu cerita negara. sekarang ini cerita nak buat ayat power untuk promosi barang jualan. hmm, memang sukarlah bro. Tapi macam mana nak buat ayat power nih ?

Kena Ikut Cakap Faisal Abdullah ?

Hahhaa, otai FB , otai marketing, ye betul, kalau korang follow dia, memang macam-macam tips dia bagi, sambil buat BOM, roti BOM dan macam-macam teknik menjual, gua rasa dia paling sempoi, muka selebet dan gaya selambe, ini memang power, hahaha. Oklah, baca punya baca, 4 tips yang korang boleh dapat  dari dia, nak panjang lebar baca sini:

Jangan Syok Sendiri – Padankan Produk Power Dengan orang yang Betul
Mesej Yang Berpengaruh dan Memotivasikan Prospek Untuk Bertindak Serta Merta
Cara Yang Mudah Untuk Respon Atau Beli
Oklah, kalau nak lebih lagi, korang boleh baca, beli produk dia, atau nak power lagi kenalah ikut kelas marketing dia nih. Memang sempoi. Hehheehe
Takut Salah Buat Ayat ?

Jangan takut bro, hahaha, bak kata Aqif Azizan, kena rajin menulis, menulis dan menulis, jangan putus asa, barulah tahu macam mana ayat terbaik nak promosi barang. Orang kata tak boleh jual tu jangan di layan, sebab zaman makin berubah orang makin pandai, jadi kenalah kreatif dan inovatif nak buat ayat promosi, tak kisahlah nak jual kereta, , barang wanita,tudung atau kuali.

Copywriting ? Copy Paster Ayat Orang Lain ?

Hahhaa, jangan salah faham kalau korang nak tahu, copywriting ini ialah skill, teknik menulis jualan, surat iklan, nak kasi ayat korang power power meletup. itu pasalah, ada orang kena belajar teknik menulis yang power, barulah dapat buat sales meletup. So tak sukar pun nak belajar copywriting. Aku belajar pun terus dari upline kami, lyna dan zainul, hahaha, upline bisnes ini diorang ayat lain macam sikit, memang ikut niche, hehhe. Jadi, kenalah belajar ok ?

Ayat Promosi Paling Berkesan ?

Sebenarnya kena cuba jaya, dan paling penting, promosi kena buat banyak kali. Rajin-rajinlah tengok orang lain buat promosi, follow orang -orang power marketing, cuba tengok cara dia buat ayat tuh, mesti korang boleh duplicate baik punya, nak lagi power, pergi kelas. Nanti dah banyak sales, jawabnya buat buku ayat power sendiri, hahahaha. Kalau nak ayat power buat business yang lagi power, kena mai tengok kat sini pulaklah ye, lagi best.

Belajar Teknik Menulis Yang Berkesan

Kalau korang rajin menulis, korang patut cuba rahsia menulis yang menjana income lumayan di bawah. Memang sangat berbaloi dengan ilmu yang ada di bawah dan korang boleh jana keuntungan dengan segera. yehaa

4 thoughts on “Ayat Untuk Promosi Barang Jualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat