FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Bahaya Simbol Capal

Bahaya Simbol Capal

Rekabentuk nampak lain, tetapi cara ia diagungkan hampir sama.

Inilah natijahnya apabila syariat agama dibina mengikut sangkaan manusia. Bukan lagi menurut nas-nas agama yang sahih dan autentik.

Namun, apabila ditegur, orang yang menegur dituduh pula tidak menyayangi Nabi. Dituduh orang itu benci atau anti kepada khazanah peninggalan Nabi. Jika tidak ditegur pula, kepercayaan ini akan menjadi suatu syariat baru dalam agama lama kelamaan.

Simbol capal ini sebenarnya cukup asing dalam masyarakat kita suatu masa dahulu. Tanyalah kepada bekas-bekas pelajar atau tok-tok guru pondok kita yang sudah tua, bila simbol capal ini mula masuk ke dalam masyarakat dan institusi pondok. Apa yang kita ketahui, golongan yang mula-mula mengagungkan simbol capal secara melampau adalah golongan Brelwi, iaitu golongan penyembah kubur di India. Golongan inilah yang dipercayai mula-mula membawa fahaman taksub kepada simbol capal ke bumi Malaysia.

Malangnya, fahaman sesat ini mula menjadi aliran perdana di beberapa institusi agama traditional di negara kita.

Kita tidak sedikitpun mempertikaikan keberkatan yang ada pada barang-barang yang pernah menjadi kegunaan Rasulullah dengan syarat barang-barang tersebut adalah barang yang tulen, bukan rekaan, lakaran, mahupun replika. Apa yang kita pertikaikan adalah sifat melampau dalam mengangkat barang-barang tersebut, apatah lagi ia hanyalah lakaran yang boleh jadi betul, boleh jadi tidak betul.

Apapun kita berharap pihak-pihak berkuasa agama dapat bertindak sebelum penyakit ini menjadi semakain parah. Sudahlah banyak isu-isu kesesatan lampau yang melanda umat Islam masih belum dapat diselesaikan, jangan dibiarkan kesesatan baharu pula menjahanamkan umat Islam Malaysia.

Allahul musta’an.

[ Gambar lakaran capal di sebelah kiri dikatakan diambil di salah sebuah madrasah di negeri Perak ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat