FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Bali oh Bali,

Bali oh Bali,

December 3, 2008 at 8:26 PM
Bali oh Bali, memang gila aku duduk di sini.

30/11/2008-Ahad
Naik pesawat airasia, kul 10, sampai bali kul 1 ptg, memang gile, dalam flight 3 jam, tido jelah. Bila sampai bali, naik teksi terus ke green garden. Kali ini saya datang dengan rakan indonesia UTM. Senang skt, nak borak pun , dia yang tolong . Sampai di sini, kami pun rehat, dan solat. Kat sini waktu macam malaysia, tapi maghrib dia kul 6 lebih, sejam awal dari Malaysia. Selepas itu , kami mencari makan yang halal, memang susah. Nasib baik ada nasi padang. Kata, pak yus, nasi padang di indonesia memang halal. Lepas makan, kami kluar terus, ke pantai Kuta bali. Pergh, ramai siut mat salleh, seksi gile. Ramai gile orang, dan ramai jugak anjing liar. Kami jalan jalan, sampai ke maghrib. Saya juga sempat busking dengan anak laut di situ, sempoilah. Jamming dengan orang tempatan. So kami jalan kaki balik ke hotel, lalu depan hardrock kafe bali, pergh dasyat. ramai gile mat salleh. Kafe kafe memang hidup, pastu byk pulak urut urut dan ayam kampung. Balik tu saya balik, dan siapkan slide untuk presentation conference esok.

1/12/2008-Isnin
Pagi, sudah bersiap untuk ke conference. Hotel tempat conference tu dekat je dengan hotel saya menginap, tak sampai lima minit jalan kaki. Petang saya present, dan di comment oleh prof marzuki. Aaah tak dapat nak jawab, ni mesti sebab layan awek tepi pantai semalam. Petang lepas tu, saya jalan kaki sorang sorang, pergi shopping complex di sana. Balik je dah penat, ahaha. Nasib baik ada internet free di sini. Diorang belum charge lagi, yeah boleh ym dan myspace.

2/12/2008-Selasa
Pak yus, ada contact kawan kepada kawan nya, en Adi. Dia ini orang tempatan bali. Jadi harini, dia bawal jalan jalan satu pulau. Saya di bawa ke dreamland, pantai yang lagi cantik di kuta. Pergh memang best. Pastu kami pi ke tempat ada patung garuda yang terbesar. Patung tu tak siap lagi, tapi diorang potong bukit tu memang lawa. Tengah hari, kami dibawa ke ubud. Kat situ kami tgk padi bukit. Pergh lawa siut. Lepas tu, kami pergi ke kawasan pergunungan di Kitamandi. Sejuk siut, tapi tgk danau ,pergh memang dasyatlah. Selepas itu, kami pergi pula ke Tanah Lot, tgk sunset. Memang dasyat, kat situ sebenarnya banyak temple. Lepas itu saya beli ole ole untuk orang malaysia, boleh kata habis dalam 200 ringgit. Tapi barang memang murah.

3/12/2008-Rabu
Saya dan pak Yus pergi ke tempat monumen pengeboman bali. Saya tgk dekat senarai tu, paling ramai orang australia. Saya pun terfikir sejenak. Hmmm, masa ini hati tgh sedap. Tapi pagi itu
saya dapat berita baik, dan juga sedikit peringatan dari supervisor saya. Lepas itu, kami pun jalan jalan di pantai kuta. Hahahaha panas siut, dengan tak makan, jalan jalan, tgk orang main surf, tgk awek seksi, dan sebagainya. Balik je, terus buka internet, tapi penat gile, nasib baik ada air sejuk dalam peti sejuk.

Esok saya akan balik ke Kuala Lumpur, malam ni agak rilek sedikit. Tapi rasanya memang bali ini kata Pak Yus syurga dunia. Barang barang byk gile, kafe kafe pun byk. Sekian saja cerita saya. Ini saja yang saya sempat cerita.

-FaizSaaid@Ninjaseni-8.46pm, green garden, bali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat