bank muamalat

Bank Muamalat Masuk Surau Buat Promosi. Boleh Ke ?

Bila aku tengok bank muamalat masuk gantung banner pakej dalam surau, aku rasa macam dah tak sedap hati.

Sebab, cara dia buat promo guna ustazĀ  terkenal tuh, memang tak boleh belah bagi aku.

Nak ceramah pasal harta riba, memang bagus, tapi jangan bawa nama bank muamalat.

bank muamalat

ISI CERAMAH MEMANG BAGUS

Apapun bila aku dengar, ianya sangat bagus, sebab bab muamalah ini ramai tak ambil kisah, sebab ramai suka bab solat zakat tuh semua.

Tapi jadi masalah sebab kita terlepas pandang pada harta yang kita dapat.

Tengok sahaja pasal riba, wasiat, takaful, insurans, semua kita main langgar.

Lagi juga pasal pelaburan, perniagaan, memang aku sendiri mengaku masih lagi banyak kelemahan.

Bacaan ayat quran ustaz yang keluar tv ni memang bagus, dia memang pakar.

BANK MUAMALAT SEBENARNYA PENIPU ?

Tapi dia ada sound pasal bitcoin, cryto currency dan macam-macam skim cepat kaya,

Nak kata semuanya penipu, lepas tuh pasal emas, kena ikut syariah.

Padahal sebenarnya BANK ialah penipu paling BESAR dalam dunia .

Korang tak pernah baca ke pasal sejarah DUIT KERTAS ?

Korang tak pernah baca ke pasal sejarah BANK ?

Lagi kaw kaw RIBA, walaupun berselindung disebalik nama islamik.

BETULKE HARGA EMAS AKAN NAIK ?

Sebab aku tengok diorang pun nak promote pasal kempen pelaburan emas, jadi aku rasa macam tak kena lagi.

Asyik asyik dok promote bank muamalat, kan tak bagus tuh ?

Aku faham emas, memang lah naik, tapi aku ada sejarah buruk pasal pelaburan emas.

Kau tahu, kalau beli emas, bukannya mudah nak cairkan.

Dulu aku pernah kena dengan emas amsyiq gold,

Ada satu masa aku kena jual balik emas, tapi sayang, syarikat tuh taknak beli balik.

Tapi itulah sebab dia emas, jadi bagus kau ada emas fizikal.

Nasib baik ada beberapa individu dan company ambil emas tuh dan beli , tapi harga dia beli tuh renda gile.

Jadi patutnya jangan cakap pasal pelaburan emas, tapi cerita pasal emas ni sebagai wang sunnah.

bank muamalat

BILA NAK KEMBALI KEPADA EMAS DAN PERAK ?

Kesedaran pasal emas dan perak ni penting.

Lagi penting kau kena sedar pasal penipuan BANK, lagi sakit hati.

Lagi juga kau kena faham dan fahamkan tentang RIBA dan BANK ISLAM.

Memang banyak pendapat dan perbezaan, tapi sukar nak pastikan.

Aku cadangkan kau baca tips dari Surah Al-Kahfi, di situ kau boleh nilai kembali semua pelaburan kau.

0 comments on “Bank Muamalat Masuk Surau Buat Promosi. Boleh Ke ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge