Bantuan Untuk Golongan Asnaf B40

Bantuan Untuk Golongan Asnaf B40

Semalam 2 kakitangan pergi menghantar bantuan untuk golongan asnaf dan B40 , seperti biasa mereka akan bercerita tentang apa yang terjadi dan kesusahan yang dihadapi penerima bantuan. Semalam hari special sikit kerana… (Sila baca sampai habis & sediakan tisu)

Salah seorang daripada mereka menangis teresak-esak yang menyebabkan seorang lagi terdiam dan tergamam. Mereka pergi rumah dikawasan kelapa sawit, sebuah rumah kecil yang dihuni 9 orang. Ibubapa dan 7 orang anak. Allahuakbar.

Asalnya alamat rumah mereka di tempat lain, bila hubungi anak si penerima jawab ‘dah pindah abang’. Bila ditanya kenapa pindah ‘ibu kata banyak hantu’.

Rupa-rupanya si bapa adalah seorang nelayan dan sekarang sehari hanya dapat dalam RM30 sahaja ditambah bapanya sekarang sakit 😭

Sampan yang digunakan bapanya pula daif, terbelah sini sana. Itu menyukarkan lagi keadaan.

Bila sampai dirumah, anak-anaknya semua berlari kegembiraan menyambut kehadiran kakitangan kami. Ibunya pula sedang pulang berjalan kaki jauh mencari ADUN untuk meminta bantuan. Mungkin ADUN juga telah membantu.

Di rumah mereka, langsung tiada apa-apa makanan. Langsung tiada apa untuk mengisi perut mereka tetapi anak-anak mereka tetap tersenyum menyambut ketibaan kakitangan kami.

Kita pause seketika saat ini untuk kita renungi apakah kita bersyukur selama ini dan betapa kita mensyukuri apa yang ada.

Kami tahu ramai orang susah dan dengar secara peribadi bagaimana kesusahan mereka itu yang memberikan kami seribu satu perasaan. Tetapi keluarga ini, keadaannya sangat berbeza.

Selepas menghantar pek makanan asas, kakitangan kami merasa kurang selesa melihat keadaan keluarga itu dan mereka mahu bawa kegembiraan buat mereka. Maka mereka pergi ke Speedmart dan belikan barangan tambahan buat mereka dan menghantar semula kepada mereka.

Apabila kami sampai dan mereka membuka bungkusan, reaksi pertama anak-anak tersebut?

“Ibu ibu ibu, ada ayam! Ada milo! Ada ribena!” 😭

Dan ibu mereka begitu happy kerana akhirnya ada susu tepung kerana sebelum ni anak-anaknya hanya meminum susu pekat 😭

Kami tergerak untuk berkongsi dengan sahabat semua agar kita lebih bersyukur selepas ini & kita dalam menyelami jiwa dan perasaan mereka, ramai dari mereka dalam kesusahan & mungkin kita boleh membantu akhirat diri kita dengan membantu mereka.

Jazakumullahu Khairan di atas sokongan dan sumbangan sahabat semua. Dari sumbangan andalah kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa & agama. Syukur pada Allah kerana menjadikan kita asbab manusia lain mendapat kebaikan. Alhamdulilah.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

InshaAllah selepas ini saya secara peribadi akan pergi menziarah keluarga ini dan melihat bagaimana pula cara dapat membantu keluarga ini. Bantuan perubatan buat ayahnya yang sakit dan juga sampan ayahnya yang daif.

*Maaf. Ada yang pm meminta tetapi niat kami hanya membantu dan bukannya mendedahkan mereka siapa. Andai bergambar atau video, itu juga atas keizinan mereka. Perkongsian kami agar mereka yang menyumbang tahu di mana kami gunakan wang sumbangan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat