FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Belajar Fonik Tak Pandai Membaca ?

SILA FOKUS kenapa saya bising.
Isunya:
1. Anak fonik yang sudah pandai membaca dikatakan belum pandai kerana tidak membaca dengan mengeja suku kata ( membatang ).

2. Anak fonik yang sudah pandai membaca didenda kerana tidak pandai mengeja suku kata ( membatang ).

3. Anak fonik yang sudah pandai membaca dan mengeja tanpa membatang perkataan dikatakan salah dan disuruh mengeja dengan membatang.

4. Anak fonik yang kenal huruf dikatakan tak mengenal huruf kerana tidak menyebut nama huruf abc.

Inilah di antara isu utama yang saya bangkitkan.

Supaya kita peka, lebih faham dan TIDAK menafikan KEUPAYAAN anak cucu kita.

Bukan senang untuk pandai membaca. Apatah lagi membaca lancar dengan kefahaman dan dapat pula menulis.

Sungguh tragis sekiranya anak yang sudah mahir tulis baca dilabel belum pandai.

Saya bising bukan sebab anak lambat atau cepat membaca.
Reading is not a race.

Saya bising bukan sebab guru tak nak guna fonik.
Guru berhak memilih apa sahaja kaedah membaca.
Tetapi saya berpendapat mereka perlu raikan ( accomodate ) murid yang membaca dengan kaedah lain.

Saya bising dik kerana sebab-sebab di atas.

We have to stand up for our kids.
Bukan senang mereka berjaya belajar membaca.

Wahai cikgu,
Yang pandai membaca, kita sepatutnya mengakui ya mereka sudah pandai membaca.

Yang pandai membaca dan menulis, kita sepatutnya mengakui ya mereka sudah pandai membaca dan menulis, walau pun mereka menulis tanpa mengeja suku kata terlebih dahulu.

Yang sudah pandai membaca tetapi belum pandai sebut nama huruf, kita akui pandai membaca tetapi belum kenal nama huruf dan kita akan bimbing untuk pandai.

Yang belum pandai menulis, kita akui belum dan kita akan bimbing untuk pandai menulis.

Kitakan guru yang ada ilmu.
#salahfahamfonik
#fonik
#keadilanuntukanakfonik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat