FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Bento

Bento

November 10, 2009 at 8:11am

Sebut tiga kali nama ku “BENTO BENTO BENTO”. Itulah nyanyian oleh iwan fals, yang di jamming semula oleh meor, nikbinjidan dan saya, semasa di Pekan frinjan sabtu lepas. Tahniah juga kepada Negeri sembilan sebab menang piala malaysia tahun ni.Sebenarnya, tak semua benda boleh di tulis dalam blog. Kalau saya sendiri, ada banyak benda mahu cerita. Tapi banyaknya di depan isteri saya sendiri. Masalah dari kerja, phd, kesihatan, keluarga dan sebagainya.

Mahu tak mahu, sudah penghujung tahun 2009. Apa yang aku bikin, semuanya masih samar-samar, tiada satu pun yang produktif. Tahun ni cumannya seperti tersedar, sebelum ini saya selalu di beri tekanan untuk terus produktif. Tapi sampai sekarang, masih belum biasa. Dengan keadaan sekarang, dekat dengan rumah, nampaknya sudah melanggar teori graviti yang menjadi ikutan saya selama ini

” Daya makin berkurangan jika dua objek makin jauh”

Haha, di UTM , memang selalu pakai istilah ini. Tapi sekarang ini, nampaknya perlu berubah, sebab sudah byk beban dibelakang beg kehidupan. Waduh Waduh Waduh. Malam sahaja sudah malas membaca. Harapkan siang, belum tentu cerah. Jadi tak leh tunggu tunggu lagi.

Sama ada mahu terus, atau menukar jalan, atau mencari jalan, atau memberi jalan, atau jalan jalan cari makan. Semuanya “lu pklah sendiri”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *