FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

BEYOND – Lagenda Rock n Roll Hong Kong

BEYOND – Lagenda Rock n Roll Hong Kong

Beyond sememangnya lagenda rock n roll hong kong yang takkan wujud lagi di dunia. Lagu lagu dia, kisah sejarah dia, memang dasyat. korang boleh baca apa yang aku tulis merapu dekat bawah nih.

Lagu Terbaik Mereka

hahahah, tetiba tajuk cabaran ke 11 ini ialah cerita pasal 5 lagu  cinta . Oklah, takpa, sebab ramai sangat suka share lagu cinta. Ok kali ini saya nak anda dengar pulak, 5 lagu cinta kumpulan BEYOND, kumpulan rock dari Hong Kong yang satu ketika dulu menjadi pujaan ramai anak gadis Hong Kong. Memang layan, kalau korang faham  kantonis, tentu lagi best. Tapi apapun jom layan dulu seleksi lagu di bawah. untuk sejarah kumpulan ni, boleh google di wikipedia. Aku rasa victor pun suka lagu diorang ni.

1) Kehilangan Wong Ka Kui

Oklah, masuk kepada satu tajuk yang pelik, kenapa kehilangan pulak ? Lagu di bawah ni memang master piece kumpulan nih, sebenarnya ianya satu lagu semangat, tetapi dalam satu bait lirik tu sedikit berhantu, sebab lagu tu memang menggambarkan bagaimana penyanyi utama nya meninggal, sama seperti yang ditulis dalam lirik lagu nih. Kalau beyond nanyi, mesti rasa sedih, sebab akan teringat kehilangan wong ka kui

2) Ballad Yang Mengancam

Hhahaha, solo lagu ni, cara nyanyian lagu ni, memang best, antara solo tengah, dan solo akhir, memang best. Lagu nih aku dengar macam lagu fotograf pun ada. Hahhaha, memang selalu layan, antara lagu yang mesti pasang dalam kereta kalau buka track folder beyond

3) Nelson Mendela

Jangan lupa, diorang ni memang ada pergi kenya, pergi afrika, jadi masa balik dari kenya tuh, mereka buat lagu nih, memang cool gile, dari sini memang ramai tahu lagu beyond memang ada mesage yang bagus, selain dari lagu cintan cintun

4) AMANI

Selain dari lagu di atas, lagu amani adalah lagu , nyanyi dalam dua bahasa, satu bahasa kantonis dan bahasa swasili. Memang best, dan saya pun pernah perfom lagu ni bersama student saya dulu masa dinner, layan gilo

5) Lagu HARI IBU ?

lagu paling mengancam, intro solo dia memang best, sampai kalau mak saya call dulu, mesti keluar rington lagu ni, sampai mamat cina sebelah saya kat kafe pun pelik saya pasang lagu nih. Jadi lagu ni memang bermakna buat kumpulan beyond. Lagu ni ditujukan untuk mak mak diorang, yang merestui penglibatan mereka dalam bidang muzik. Memang cool

Oklah cukuplah 5 lagu, takdalah lagu cinta sangat, tapi memang tak dinafikan, saya memang suka lagu beyond ni, walaupun banyak juga lagu kantonis lain yang feel, Sebab diorang ni rock, bergerak indie dan paling penting MELAWAN ARUS !!!!

Kematian Wong Ka Kui Beyond

Pada tarikh ini, 30/6/1993, satu berita mengejutkan dunia muzik Hong KOng, bila seorang penyanyi utama kumpulan Beyond, mati setelah seminggu koma, akibat jatuh dari platform stage yang tinggi. dalam rancangan uchan dan nachan fuji television di jepun. Berita ini menyedihkan para awek awek di sana, sehingga polis terpaksa memberi kawalan ketat pada mayat wongkakui setiba di hongkong. Ramai orang memberi penghormatan kepada wong ka kui ketika itu. Wong Ka Kui meninggal pada umur 31 tahun

Nak diceritakan, cerita gua mendengar lagu band kantonis ini pada tahun 2005, semasa saya dan rakan rakan dari UTM menyertai pertandingan Asian Beat, peringkat johor. Ada satu band cina yang membawa lagu rock yang best, dan akumasa tu aku baru tahu lagu yang band cina tuh bawak ialah lagu kumpulan beyond.

Jadi pengembaraan bermula dengan mencari lagu lagu beyond dari rakan rakan kuliah bangsa cina, diorang share mp3 best kat saya, dan paling best masa tuh dapatlah layan lagu lagu beyond, tapi masa tuh saya tak tahu beyond ada dua era berbeza, iaitu era Wong kakui dan era selepas kematian beliau.Bajet bila dah dengarlagu beyond bolehlah rapat dengan amoi amoi, hahaha.

Masa terus berlalu, dan youtube mula menjadi popular, kekadang nak dengar balik lagu beyond, dan akhirnya saya discover banyak video beyond, dan membaca sejarah kumpulan ini, di wikipedia, tanya member, dan paling gila ialah pasang album ini dalam kereta. Memang layan.

Mereka ini ialah kumpulan rock yang berpengaruh di Hong Kong, sedangkan masa tuh, hong kong dirasuk muzik tekno. Beyond memang struggle pada awal permulaan kumpulan tersebut, biasalah macam scene under ground, bereksperimentasi dengan lagu rock, dan akhirnya makin diterima ramai.

Wong ka kui makin berani mengkritik dengan lagu yang dibuat khas sempena mendiang Nelson Mendela, dan juga lagu Amani semasa mereka melawat tanzania, lagu tuh memang best, sempatlah aku perform lagu Amani tuh masa kat UM dulu. Lagu tuh ada sedikit bahasa Swazili, campur dengan kantonis.

Selain wong kakui, kesemua ahli band mereka, Paul Wong, Wong Ka Keung dan Yap Si Wing, semuanya boleh menyanyi dengan baik, band yang aku dengar semua boleh menyanyi selepas beatles, dan KISS. Mereka ni popular di China, Macau, dan jugak Malaysia.

Tapi industri di hongkong bukan selalunya baik, akhirnya mereka membawa diri ke Jepun, dan banyak lagu mereka yang bagus, akhirnya terpaksa dinyanyikan dalam bahasa jepun. Contohnya lagu ” Under the Vast Sky” yang memang hit, bila ditukar dalam basaha jepun, jadi lagu cintan cintun, walaupun lagu bukanlah lagu cinta kepada awek cun. Tapi apakan daya rezeki di jepun tak lama.

Pada game show uchan dan nachan, malang menimpa Wong Ka Kui, terjatuh dari platform tinggi, dan akhirnya meninggal setelah seminggu koma,kerana cedera teruk di kepala. Saat kematian Wong Ka Kui, orang hong kong seolah olah menuduh Jepun cuba membunuh Ka Kui, sehingga begitu sekali spekulasi yang berlaku.

Era selepas beyond, mereka meneruskan legas beyond, dan akhirnya semua sepakat untuk membubarkan beyond pada tahun 2005, tahun yang aku baru nak layan beyond, hahahaa.

Lagu beyond memang rock, ada yang cintan cintun, ada yang keras, tapi dalam banyak banyak lagu, aku rasa yang aku feel sekali lagu yang kat bawah nih, bertajuk “Really love you”. Lagu ni memang special, sebab lagu ni dibuat khas untuk mak mak mereka yang merestui kerjaya mereka sebagai pemuzik rock. Lagu ni dijadikan lagu tema hari ibu di Hong Kong dan China. Banyak band yang cover lagu nih, tapi yang aku ingat lagu ni di pasang masa sharing Master Law, masa NC 2013 , masa habis dia buat sharing, mak dia keluar dan lagu ni dipasang khas untuk mak dia. Memang best lagu nih. Aku pun pernah buat ringtone khas guna lagu nih, kalau mak aku tepon, sampai adabudak cina yang terdengar, siap gosip sebelah aku. Hahahhaha, nasib baik aku tak faham.

Lagu beyond zaman Wong ka kui memang dah selamat dalam kereta aku, apapun layan jelah, karya karya agung kumpulan nih. Terima kasih Wong Ka Kui dan Beyond.

2 thoughts on “BEYOND – Lagenda Rock n Roll Hong Kong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat